LGE! Sedap Tak Hadiah Besday Kek Hitam Tengkorak tu?


Guan Eng dikhabarkan telah menerima kek hitam lagi sempena hari lahir beliau yang ke 50 di KOMTAR hari ini. Tiga kek hitam berbentuk hati itu diberikan oleh beberapa Ngo sebagai ingatan kepada Lim Guan Eng tentang apa yang telah dilakukan oleh pemerintahan Lim dan DAP di Pulau Mutiara tersebut.

Ngo-Ngo terbabit ialah, Persatuan Anak Jati Pulau Pinang, Persatuan Peniaga Komtar, penduduk Kg Genting, Kg Jln Pokok Asam dan bekas penduduk Kg Buah Pala, turut hadir Aminah Abdullah, Presiden Persatuan Kebajikan Insan Mulia.

Kek pertama tertulis, 'selamatkan kg Genting', kek kedua 'selamatkan lot 21/22 (Jelutong) dan kek ketiga daripada persatuan Anak Jati Pulau Pinang.

Kek hitam itu dikatakan adalah sebagai simbolik menyampaikan rasa tidak puas hati penduduk terhadap kepimpinan rasis, chauvanis dan diktator Lim Guan Eng terhadap rakyat Pulau Pinang.

Ini khususnya pemerintahan Ketua Menteri P.Pinang ini terhadap orang Melayu dan India di Pulau Pinang yang didiskriminasi dan dihalau dari kampung dan tempat cari makan mereka
MalaysianVoices

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...