Rasuah meningkat Ketara Di Pulau Pinang! Mana CAT?


GEORGE TOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan 65 orang bagi membantu siasatan kes-kes rasuah dalam tempoh antara Januari dan akhir November.
Pengarah SPRM negeri Datuk Latifah Md Yatim berkata daripada jumlah itu 25 yang ditahan adalah dari kalangan mereka yang dipercayai memberi rasuah, dan antara yang ditahan termasuk dari kumpulan profesional, sokongan serta orang awam.

Beliau berkata SPRM sedang berusaha keras untuk menyedarkan orang ramai bahawa antara sebab berlaku rasuah ialah kerana adanya kalangan mereka yang sanggup 'memberi'.

"SPRM melancarkan kempen besar-besaran untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa memberi rasuah juga adalah satu kesalahan besar mengikut undang-undang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Seminar Integriti dalam Industri Pembinaan di sini Isnin.

Sementara itu katanya jumlah tangkapan berkaitan rasuah di Pulau Pinang pada tahun ini kelihatan meningkat dengan ketara, berbanding hanya 50 orang yang ditahan sepanjang tahun lepas. - BERNAMA

AS: Dimana kah CAT yang dilaung-laungkan di Pulau Pinang? Mengapakah berlaku peningkatan drastik berbanding berbanding tahun lepas? Apakah faktor-faktor yang menyebabkan perkara sebegini berlaku?
Lain kali kerajaan Negeri jangan sembang kuat bahawa amalan rasuah akan dibendung dan dihalang sekeras-kerasnya. Bercakap memang mudah, namun implementasi tidak semudah seperti apa yang diucapkan.
Dah pegang baru tau!

Oleh yang demikian warga Pulau Pinang wajib menolak kerajaan Pakatan DAP dari terus memerintah pada masa akan datang. Selagi berlaku dalam negeri Pulau Pinang, kerajaan Negeri seharusnya nertanggungjawab diatas setiap perlakuan rasuah yang berlaku. Lain kali jangan mudah tuding jari kepada orang lain, kali ni AS nak tuding jari pada LGE bahawa anda sebenarnya lembut gigi dari lidah bila berkata-kata. Tak boleh pakai punya orang.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...