Entry ini bukanlah berniat untuk masuk bakul angkat sendiri. AS sendiri pun tak terlibat secara
langsung dengan 2 program yang telah dilaksanakan oleh Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal baru-baru ini. Sila klik ke SINI dan SINI untuk melihat paparan lanjut program tersebut.
Dari pemerhatian dan pemikiran kritis AS, dapat dibuat kesimpulan bahawa Pemuda UMNO Bahagian di seluruh Malaysia seharusnya mencontohi usaha PPUBNT didalam mendekati anak muda. Jika sukar untuk dekat secara Parti Politik, AS cadangkan agar semua Pemuda Bahagian tumpukan untuk menubuh Persatuan Belia di segenap kawasan yang masih banyak lagi belum tertubuhnya Persatuan Belia. Yang mana kawasan dah ada persatuan belia, Pemuda UMNO seharusnya lebih giat lagi mendampingi Persatuan tersebut. Yang AS tau, belia ni umurnya bermula dari 15 tahun, ini secara tak langsung memudahkan lagi proses untuk mencari pemimpin pelapis.
AS yakin masih banyak kawasan yang masih belum tertubuhnya persatuan belia. Dari entry blog PPUBNT tersebut, ramai anak muda yang masih terbiar dan kurang mendapat perhatian dari mana-mana pihak. Inilah peluang yang patut diambil bagi menguatkan lagi sokongan anak muda terhadap UMNO/BN seperti yang diwar-warkan sekarang bahawa anak muda mudah terpengaruh dengan dakyah songsang dan negatif yang dibawa oleh pihak pembangkang terutamanya melalui dunia maya ini.
Apa yang AS tahu Gerakan Belia 4B di semua Bahagian kebanyakannnya diterajui oleh pemimpin pemuda parti UMNO. Gerakan Belia 4B yang umumnya diketahui adalah suatu Persatuan belia yang menyokong kerajaan pusat yang memerintah. Cadanglah lantikan Pengerusi dari kalangan anak muda yang berpengaruh di kawasan tersebut dan seterusnya dasar dan ideologi UMNO/BN dapat diterapkan kepada semua ahli Gerakan belia 4B tersebut. Tugas-tugas penambahan ahli UMNO dan daftar pemilih SPR akan lebih mudah!
Pokok pangkalnya, setiap pemuda bahagian perlu tepuk dada, tanya semangat! Jika semangat membara mahu menguatkan parti masih tebal, pastinya saranan AS akan diambil perhatian oleh seluruh kepimpinan pemuda UMNO. Jika yang jadi ketua pemuda bahagian ramai yang hanya duk mengharap projek, takda projek kerja parti tak jalan, jangan marahlah kalau anak muda beralih pergi ke pembangkang! Letak jawatan tu bagi kepada mereka yang benar-benar ikhlas untuk berjuang demi Parti! Hentikanlah segala perbalahan dan sikap berpuak yang ada sesama ahli berparti jika masih ada! Takkan semua nak tunggu orang suruh kot!
Janganlah asyik duk buat program tipikal seperti Pertandingan Bola, Program berkhatan, memancing dan lain-lain yang kekadang orang pun dah bosan! Tapi tak apa, kalau nak buat jugak, teruskanlah tapi pandai-pandailah buat kepelbagaian taktik dan teknik didalam memenangi hati anak muda! Takkan nak harapkan bahagian yang set-set veteran untuk dekati anak muda seperti ini? Kalau rasa nak tengok UMNO/BN lagi terlangkup teruk, teruskanlah 'mimpi' indah anda wahai Pemuda!
No comments:
Post a Comment