Surau nak diroboh oleh Kerajaan Pakatan 'Rakyat'! Mana pi lalakan pecacai DAPAS?





Jika sebelum ini kita dikhabarkan dengan usaha untuk merobohkan kuil bertempat di Pusat Bandar Puchong, kini Surau berusia 100 tahun pula menjadi mangsa. Penduduk di Kampung Melayu Pekan Rawang membantah sebarang usaha untuk merobohkan Surau Al Hidayah di kawasan Kampung tersebut. Apa peranan ADUN Rawang? Nak tunggu kena belasah dengan penduduk kawasan baru nak bertindak.

Menurut Penasihat Badan Bertindak Surau Al Hidayah, Datuk Ir. Md. Basir Ibrahim mendakwa, tindakan Kerajaan Negeri meluluskan 8 geran berasingan atas tapak surau itu dalam siri pembangunan semula Bandar Baru Rawang adalah tidak bertanggungjawab terhadap sensitiviti umat Islam dan maruah orang Melayu di kawasan tersebut.

Beliau berkata, pada mulanya pihak bertanggungjawab telahpun berjanji akan mengekalkan surau tersebut, namun akhirnya janji tersebut tidak ditunaikan. Kerajaan Negeri telah menyerahkan projek tersebut kepada anak syarikat Kerajaan Negeri, SAP Holdings Berhad lalu terus mengarahkan pihak surau mengosongkan rumah Allah itu selewat2 nya pada 30 November yang lalu. Malah, beberapa premis Bumiputra di kawasan tersebut turut diarah perkara yang sama.

Menurut Datuk Md. Basir, Kerajaan Negeri tiada hak untuk merampas tanah di surau tersebut kerana pihak Resident British di Selangor telah menggezetkan tanah tersebut sebagai tapak Masjid sejak tahun 1920.

Inilah bukti Kerajaan Negeri semakin rakus berkuasa. Di mana ADUN Rawang? Walaupun ADUN Rawang, Gan Pei Nei berbangsa Cina, tergamakkah beliau melihat rumah Ibadah diroboh begitu saja? Mungkin beliau sanggup. Tapi saya pasti, umat Islam dan Melayu di Rawang akan bangkit menentang rampasan tanah ini.

Ternyata Gan Pei Nei tidak menjaga hak kesemua kaum. Beliau bersama Kerajaan Negeri hanya tahu untuk mengaut keuntungan dengan cara kotor merampas hak tanah rakyat. Lebih kejam Rumah Ibadat juga menjadi mangsa kerakusan tersebut.

1 comment:

Anonymous said...

Hai balacai-balacai PAS PIS PUS...tak nak berdemo ke... tergolek-golek kat jalan raya, kat longkang ke atau mana-mana ada kawasan lapang seperti yang pernah di lakukan kat perak tu....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...