Wahai Ahli Parlimen BN! Hangpa tak sedar-sedar lagi ka?

Lupakah kalian pada insiden tahun lepas semasa pembentangan bajet 2010 yang dibentangkan oleh DS najib yang mana ianya hampir tidak diluluskan dan menang undi secara belah bahagi pun secara 3 undi sahaja?? Lupakah anda bahawa pentadbiran negara pada masa itu boleh terjejas jika kalah?

Memanglah isu RM10 pemotongan gaji DS Peter Chin Fah Kui bukan menjadi isu besar, namun mana nak letak kredibiliti MP BN selaku tonggak pentadbiran negara jika setakat undi macam ni pun kalah? Mana pergi amaran PM yang kononnya akan membuat KPI terhadap semua prestasi Ahli parlimen BN untuk hadir ke dewan? Mana?

AS: kalau MP-MP BN segan nak pi bersidang dan tiada alasan kukuh lain kali jangan offer nak bertanding dalam PRU akan datang!


Kredibiliti Datuk Seri Peter Chin Fah Kui sebagai Menteri Tenaga, Teknologi
Hijau and Air hampir 'tercalar' hari ini jika tidak kerana majoriti 11 undi yang
menentang usul potong gaji menteri berkenaan sebanyak RM10 di Dewan Rakyat.

Usul yang dikemukakan Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) itu
menyaksikan 58 ahli parlimen mengundi untuk tidak menyokong usul tersebut
berbanding 47 anggota yang bersetuju supaya RM10 dipotong daripada gaji menteri
berkenaan.

Selain Chin, hanya tiga menteri kabinet termasuk Timbalan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen
Yen dilihat berada di dalam dewan dan layak untuk mengundi.

Pengundian
usul itu yang sepatutnya hanya dilaksanakan melalui undian suara 'terpaksa'
menukar rentak apabila kebanyakan anggota Parlimen pembangkang tidak puas hati
apabila ramai yang tidak berpeluang berucap selain tidak berpuas hati dengan
penggulungan usul oleh Chin.

Kekecohan itu menyebabkan Timbalan Yangdi-Pertua Datuk Ronald Kiandee bersetuju undian belah bahagian dilakukan setelahberpuas hati terdapat lebih daripada 15 anggota dewan yang bersetuju dengan cadangan itu.

Tempoh pengundian kira-kira 10 minit diisi dengan pelbagai
ragam anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang yang saling
'berperang mulut', malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon
yang juga berada di dalam dewan turut menerima sindiran daripada pembangkang
apabila diingatkan bahawa beliau tidak layak untuk mengundi.

1 comment:

Anonymous said...

Bila pulak kita potong gaji Ketua Pembangkang 10 sen.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...