Must Read! Lagi Bukti Konsistensi PAS!


1.berkokok, sebelum burung keluar dari sarangnya, sebelum fajar menyinsing, kita nobatkan baldatun tayyibatun warabbun ghafur (negara indah lagi diredhai Allah)"

(Kempen PAS pada Pilihanraya Umum 1959)

2. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS asalkan tidak mendirikan negara Islam"

(Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat : Berita Harian, 12 Mei 1999)

3. Pas sedia gugur slogan negara Islam

"Jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa........"

(Nik Aziz Nik Mat : Berita Harian, 25 Jun 1999)

4. "Pembentukan negara Islam memerlukan masa lama"(Timbalan Presiden Pas [ni dulu le.. hehe] Abdul Hadi Awang : Berita Harian, 28 Jun 2001)

5. "DAP boleh bekerjasama dengan PAS, tetap tidak dalam hal berkaitan dengan sebarang usaha ke arah pembentukan sebuah negara Islam"

(Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam, Chong Eng : Utusan Malaysia, 22 April 1999)

6. "Kenapa disebut benda begitunya, kalau berpakat.... berpakatlah. Kalau berpakat dan bertengkar itu tidak bererti. DAP bukannya tidak mengetahui bahawa PAS sejak berpuluh2 tahun lagi kerja dia (PAS) ialah Islam"

(Nik Aziz Nik Mat : Berita Harian, 30 Jun 2001)

7. "Negara Islam yang didirikan oleh UMNO nampaknya lebih diterima oleh masyarakat Cina. PAS terlalu bising untuk menegakkan negara Islam. UMNO pula melakukannya secara diam-diam tanpa disedari rakyat.PAS seperti ayam bertelur sebiji tetapi riuh sekampung."

(Penasihat DAP Dr. Chen Man Hin : Mingguan Malaysia, 30 September 2001)

8. "Kita mahu mewujudkan negara pelbagai kaum dan agama, bukan negara Islam yang diperjuangkan PAS"

(Dr. Chen Man Hin : Berita Harian, 15 Dis 2001)

9. "PAS tidak perlu memberitahu mengenai garis panduan yang digunakan untuk menubuhkan negara Islam kepada Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana "...dianggap membazir berikutan mereka yang diberitahu tidak membaca dan tidak 'reti' al-Quran" "

(Ketua Dewan Ulama PAS Harun Taib : Berita Harian 13 November 2001)

10. "Allah menurunkan nabi untuk menjunjung nama Islam... Sekarang UMNO cuba mempertahankan simbol Islam sahaja pada nama-nama badan tersebut seperti Bank Islam, sedangkan pada syiar dan penghayatan Islam tidak pernah ada"

(Nik Aziz Nik Mat : HarakahDaily 21 Jun 2000)

11."Kalau ada ustaz tolong UMNO hari ini melawan PAS, di zaman nabi pun ada ustaz-ustaz melawan Nabi Muhammad sendiri dan ustaz itu adalah di kalangan ahli kitab Yahudi dan Nasrani. Saya amat hairan dengan langkah UMNO itu, kerana ia adalah sama dengan zaman nabi dulu"

(Nik Aziz Nik Mat : Utusan Malaysia, 15 April 1995)

12."Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam"

(Nik Aziz Nik Mat : Berita Harian, 17 April 1995)

13."Tiada siapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda melainkan ulamak"

(Nik Aziz Nik Mat : Utusan Malaysia, 6 November 1999)

14. "Kita balah dengan UMNO kerana apa? Kerana Islam. Kita baik dengan orang lain pasal apa? Pasal dia terima dasar Islam, KIta cegah sesuatu kerana apa? Kerana kita nak buat Islam... Contohnya UMNO, lagu mana UMNO sesat, pasal cari petunjuk lain. Nak jaga Melayu, tapi pi undi Hindu, contoh sesat... bila tinggal Quran"

(Penceramah Pas Bunyamin Yaakob di Ketereh, Kelantan, 22 Februari 2001)

17. "Sebagai seorang Islam, kita wajib menyokong dan bersama dalam jemaah yang memperjuankan Islam, iaitu PAS"

(Siaran pilihanraya kecil Parlimen Padang Terap, 1985

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...