Ahmad Bashah Konfiden PRU 13 BN Menang Lebih 2/3 Kerusi Di Kedah! Hebat!


BN Kedah Mampu Menang Lebih Dua Pertiga Kerusi: Ahmad Bashah

ALOR SETAR: Barisan Nasional (BN) Kedah berkemampuan untuk memperoleh kemenangan lebih dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, sekaligus merampas semula pentadbiran kerajaan negeri yang kini diterajui PAS.

Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata sasaran itu tidak mustahil pada PRU ke-13 kali ini memandangkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita yakin boleh mencapai sasaran lebih 31 daripada 36 kerusi DUN," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Motivasi dan Kecemerlangan Kepimpinan Wanita UMNO Kedah, di sini, Sabtu.

Lebih 500 ketua wanita peringkat cawangan di negeri itu menyertai kursus tersebut.

Ketika ini, PAS menguasai 16 kerusi DUN Kedah diikuti BN dengan 14, Parti Keadilan Rakyat (PKR) 3 dan DAP (1) dan dua wakil rakyat Bebas, yang sebelum inimerupakan anggota DUN PKR.

Ahmad Bashah, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, berkata persiapan jentera pilihan raya negeri telah digerakkan sejak bulan lepas dan bilik gerakan bagi peti-peti undi akan dibuka bulan depan.

Beliau turut mensasarkan untuk menarik lebih 100,000 pengundi baru menyertai UMNO dan sekarang ini lebih 30,000 pengundi baru telah mendaftar sebagai ahli parti.

Sementara itu, Ketua Wanita UMNO Kedah, Datuk Maznah Abdul Hamid, berkata sayap itu telah melaksanakan strategi dari rumah ke rumah bagi menarik lebih ramai pengundi menyokong BN.

"Jadi kami lebih rapat dengan pengundi dan sasaran kami ialah setiap ketua cawangan perlu mendapatkan seorang pengundi baru setiap minggu," katanya.

Beliau berkata strategi mereka itu akan memberi kesan yang lebih untuk PRU-13 berbanding PRU yang lepas pada 2008.-BERNAMA

AS BUKAN TAK SETUJU DENGAN STETMEN NI! BAGUIHLA KALAU ADA CIA-CITA DAN IMPIAN MACAM NI! TAPI BAGI AS BIAQ KITA BERPIJAK DI BUMI YANG NYATA! BAGI AS , DAPA BALIK KEDAH PUN SUDAH BESAQ RAHMAT!

KALAU BETUI MAD BASHAH KONFIDEN, GERAKKANLAH JENTERA YANG ADA, PERKEMASKAN SAF KEPIMPINAN UMNO NEGERI DAN BAHAGIAN, JANGAN DUK ADA TIKAM BELAKANG DISAMPING DASAR KERAJAAN PUSAT YANG MENYENANGKAN RAKYA, INSYAALLAH MUDAH-MUDAHAN KEYAKINAN MAD BASHAH TERLAKSANA.

2 comments:

Anonymous said...

AKU NAK KOMEN SIKITLAH PASAI NI

MANA MAT BASHAH DAPAT INFO NI..DIA DAPAT DARI JUAK2 DIA ATAU DIA MEMANG TURUN PADANG PI TENGOK SENDIRI

KALAU NAK MENANG, DIA DGN MUKHRIZ KENA TURUN MAI SAMPAI KE CERUK2 BARU DAPAT INFO BETUI.

YANG DOK JADI TAIK NI SELALUNYA KAT BAHAGIANLA, KALAU BOLEH REJECT LA SETENGAH2 YANG DAH MONOPOUS TU. TOLONG JELING2 SAMA KAWASAN BALING TAU

Anonymous said...

harap-harap umno tak SEDEKAH kerusi kat mca, mic, gerakan pru nanti...tak buat kerja tapi nak jawatan...lepas dapat jawatan dari undi orang melayu..depa tolong bangsa depa saja

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...