Lagi Warga PAS di Klate masuk UMNO beramai-ramai sebab dah fed up dengan Nik Aziz!

Seramai 33 ahli Pas melibatkan bekas pemimpin cawangan Gong Kala yang dikenali sebagai kubu kuat parti itu bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak, Pasir Putih mengisytiharkan keluar parti secara beramai-ramai dan berikrar menyertai UMNO.

Antaranya ialah, bekas Timbalan Ketua Pas Cawangan Gong Kala, Mohd Zawawi Hanapi dan dan bekas Ketua Cawangan Pas Dalam Huma, Amran Mat Mat Daud, bersama pengikut dan ahli keluarga mereka.

Mohd Zawawi berkata, penyertaan mereka untuk berjuang bersama UMNO adalah ikhlas berikutan keprihatinan pucuk pimpinan UMNO dan pemimpin tempatan yang bersikap cakna terhadap kebajikan rakyat walau pun mereka bukan wakil rakyat yang menerajui pentadbiran negeri ini.

Beliau berkata, pemimpin UMNO tempatan sentiasa melihat permasalahan rakyat dan berkhidmat dengan cekap mencakupi usaha membela rakyat miskin dan menyediakan pelbagai prasarana yang diperlukan oleh rakyat.

“Kami berikrar untuk membantu UMNO mencapai kemenangan dalam pilihan raya akan datang,” katanya ketika ditemui majlis penyerahan borang ahli UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman di rumah Pengerusi Jawatan kuasa Kemajuan dan Keamanan Kampung (JKKP), Yassin Awang Kecil, di sini, semalam.

Amran Mat pula berkata, kenyataan yang mengelirukan daripada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung pelbagai isu sejak kebelakangan ini memberi kesedaran kepada mereka untuk berfikir secara rasional termasuk menilai keikhlasan perjuangan dalam membela agama, bangsa dan negara.

Sementara itu, Zawawi ketika ditemui pemberita berkata, kehadiran penyokong atau mana-mana pemimpin Pas yang berhasrat menyertai UMNO amat dialu-alukan atas dasar untuk bersama memperjuangkan nasib agama, bangsa dan negara tanpa meletakkan kepentingan material dan kedudukan sebagai asas perjuangan politik.

Beliau berkata, majlis penerangan dari rumah ke rumah yang melibatkan peringkat akar umbi juga turut dijalankan oleh jentera parti sebagai usaha yang berterusan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...