Lagi Bukti Nyata LGE Musibat Racist!


Lim Guan Eng sebelum ini hanya menghentam UMNO dalam berhadapan dengan peperangan Politik. Akan tetapi, setelah sekian lama, akhirnya, Guan Eng dengan dukacita mengkritik bekas Pemimpin No. 1 Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon. Apa motif serangan beliau secara tiba2 ini?

Lim Guan Eng telah menghentam Tsu Koon sebagai pencacai Orang Melayu yang membiarkan diri terus tersepit dan tidak mampu melakukan apa2 dengan kebangkitan UMNO Pulau Pinang melancarkan jihad terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Tsu Koon kini dakwa beliau semakin lesu dan gusar dalam menyuarakan pendapatnya mengenai hal2 berkaitan Negeri Pulau Pinang.

Tsu Koon dilihat membiarkan UMNO Pulau Pinang terus menerus menggunakan kuasa parti untuk melenyapkan terus hak Orang bukan Melayu di Negeri tersebut. Maka, Guan Eng mencadangkan agar Tsu Koon meletakkan jawatannya sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Perpaduan Rakyat Malaysia.

Tsu Koon yang juga merupakan Presiden Parti Gerakan juga diherdik oleh Setiausaha Agung DAP itu kerana tidak pernah menegur tindakan UMNO yang kian agresif memperjuangkan hak2 Kaum Melayu di Pulau Pinang sehingga lupa bahawa terdapat kaum lain yang merupakan kaum Majoriti di Negeri terbabit.

Guan Eng berkata demikian ketika mengulas hal berkenaan penubuhan porfolio Exco Hal Ehwal Bukan Islam di Negeri di Bawah Bayu. Portfolio ini amat penting kerana ianya akan mengimbangi kedudukan dan kebebasan masyarakat yang berbilang kaum dan Agama di Pulau Pinang. Guan Eng mempersoalkan idea penubuhan portfolio ini tidak pernah diperbincangkan semasa pemerintahan Parti Gerakan pimpinan Tsu Koon yang menyebabkan berlakunya pergolakan Agama dan Kaum di Negeri tersebut.

Parti Gerakan mesti mengakui bahawa, majoriti masyarakat Pulau Pinang tidak lagi dapat menerima mana2 parti komponen yang bersekutu dengan UMNO kerana ianya bukan sahaja memberi liabiliti terhadap masyarakat Pulau Pinang malah pembangunan Negeri ini tidak sekata lalu berlakulah pergolakan Ekonomi yang tenat di Negeri ini.

Kenyataan Guan Eng ini ternyata dilihat telah mencabar krelibiliti Tsu Koon. Atau ianya berbentuk hasutan? Melayu CinDia mengharapkan Tsu Koon bijak dalam menjawab kenyataan ini, kerana ini merupakan strategi DAP bagi membakar api kemarahan Parti Gerakan.

sumber: gelombang rakyat

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...