Rombakan Kabinet Negeri Selangor. Exco PAS Tersingkir?


MB Selangor sah akan rombak Kabinet negeri

Tan Sri Khalid Ibrahim mengesahkan beliau akan merombak pentadbiran negeri tetapi enggan memberikan butiran mengenai bila ia akan dilakukan.
Menteri Besar juga mengakui beliau telah mengadakan pertemuan dengan penyokong-penyokong kerajaan Dewan Undangan Negeri berhubung perkara tersebut bulan lalu.

“Kami akan lakukan, kemudian kami akan membuat pengumuman,” kata Khalid hari ini. Khalid berkata pertemuan dengan penyokong-penyokong kerajaan itu diadakan untuk membincangkan cara memantapkan pentadbiran kerajaan negeri.

“Keputusan belum dicapai. Kami hanya boleh melakukannya sebaik sahaja semua selesai, macam (isu pelantikan) setiausaha kerajaan negeri,” kata Khalid kepada pemberita hari ini.
Menteri Besar Selangor berhadapan dengan tekanan agar menggugurkan pemimpin kontroversial DAP Ronnie Liu daripada jawatannya sebagai Exco Kerajaan Negeri.
-malaysian insider

2 comments:

Bingai @ Bangang said...

Asan Ali?

Aku Yang Bingai
DEB memperkayakan Orang Cina?

Anonymous said...

Selangor ni patut bangkit macam diEgypt je. Buat orang selangor keliru je, Apa yang orang Selangor dpt sekarang walaupun ada rombakan?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...