Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat......

Assalamualaikum...

Tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca ini....

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Andai kata ini ialah realiti...

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang
1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh
tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata dan
membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "

"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari
para jemaah itu untuk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi itu hanya tinggal lebih kurang 50 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu...

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke
arah Pak Imam sambil berkata:

"Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat"....

Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....

Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas? selain terhibur
anda fikirlahlah...

" Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 50 yang
betul-betul beriman... "

" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila
menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi sekarang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time
sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat
setahun 2 kali sahaja.. bila time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al-Quran"

"Lawak kan, berapa ramai yang percaya dunia hanya sementara, akhirat
adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berjam-jam
tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai.. tak cukup masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang
berunsur politic dan kata-mengata kesemua tempat tapi merasa berat nak
berkongsi dan nak hantar artikel-artikel yang berunsur agama

Lawak kan???

Kenapa gelak? itu kan realiti.. tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa
orang yang akan buka tajuk entry ni untuk luangkan masa membaca? berapa
banyak????

Wallahualam..

1 comment:

blogenstarz said...

Kalau benda tu benar2 terjadi.....
mungkin hanya tinggal sorang saja...
Itu pun kerana ia pekak !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...