Bab Ni AS Puji Pemuda!


>Biasiswa Pendidikan Pemuda Barisan Nasional (BN) (YES) yang dilancarkan hari ini menerima sumbangan RM16.5 juta daripada 12 institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).
Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, YES akan memberi peluang kepada lebih 200 pelajar cemerlang yang berasal daripada keluarga kurang berkemampuan dan kurang upaya untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi pada tahun ini.

Katanya, Pemuda BN akan menubuhkan satu jawatankuasa yang diketuai ahli akademik untuk menilai dan mempertimbangkan permohonan yang dibuka kepada semua pelajar di seluruh negara.

“Mereka yang berminat boleh membuat permohonan itu secara dalam talian di laman web www.bnyes.com.my bermula minggu depan,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Pelancaran Karnival Kerjaya BN (BNYJF) yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Khairy memberitahu, kira-kira 500,000 pencari kerja dijangka membanjiri Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sepanjang berlangsungnya BNYJF selama tiga hari bermula hari ini.

Ujarnya, BNYJF kali ini akan menawarkan 40,000 peluang pekerjaan daripada kira-kira 650 syarikat terdiri daripada syarikat milik kerajaan (GLC), syarikat swasta dan agensi kerajaan.

AS: Benda bagus kita kena puji bagus. Melihat kepada senario hari ini, antara elemen penting yang didambakan oleh golongan muda dan pelajar ialah pekerjaan yang baik serta peluang untuk melanjutkan pelajaran dengan kos yang minimum.

Tindakan pemuda BN menawarkan peluang-peluang pekerjaan untuk anak muda dan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran wajar dipuji. Secara tak langsnug, pengundi muda dah buka bahawa pemuda BN mengambil insiatif bagi wujudkan peluang pekerjaan dan melanjutkan pelajaran dengan diberi biasiswa. Kita kena rasional dalam hal ini.

Hal KJ kita letak tepi dulu, yang penting usaha untuk mendekati dan memenuhi keperluan anak muda adalah agenda paling penting mengatasi segalanya kerana mereka inilah pengundi yang sukar dijangka ke arah manakah pilihan mereka dalam PRU nanti.

1 comment:

Anonymous said...

aku pegi tdi,so far mmg takde pe mslah bnde ni,dah anjuran pemuda BN,lantak die laa nak letak name BN,takkn nak letak pemuda PAS plak,n aku puji sngt2,sistematik,die bagi barkod sorng satu pastu pegi company mane2 apply scan je,sngt2 sistematik,dpt ke tak belakng kire yng pntng kite usehe,n aku sokong tindkn n usehe serte penganjuran die,even aku mmg anti BN tp karnival ni aku sokong,klau ssape dah pegi tau laa nak judge cm ne,klau tak pegi gi,aku rase baik tak pyh judge pape,hahahaaa.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...