Ahli Parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan hari ini menuntut Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat PKR Saifuddin Nasution Ismail memohon maaf atas kenyataannya yang mendakwa Gobalakrishnan dibayar untuk keluar PKR Bekas Ahli Majlis Tertinggi PKR itu menyerahkan surat tuntutan itu kepada Saifuddin yang juga anggota Parlimen Machang di ruang rehat anggota Dewan Rakyat di bangunan Parlimen di sini hari ini.
Bercakap kepada pemberita Gobalakrishnan gambar berkata beliau memberi tempoh tujuh hari mulai hari ini kepada Saifuddin untuk meminta maaf dan jika Setiausaha Agung PKR itu gagal berbuat demikian beliau akan menyamannya RM12 juta
Kenyataan Saifuddin di Parlimen pada 10 Mac lalu mengenai tindakan saya keluar parti selepas dibayar menjejaskan maruah dan integriti saya selain menyebabkan saya dipandang serong “Justeru saya memberi tempoh tujuh hari kepada Saifuddin untuk memohon maaf atau akan disaman sebanyak RM12 juta ” katanya
Khamis lalu Saifuddin dalam sidang akhbar di lobi Parlimen mendakwa beberapa anggota parti itu termasuk beberapa bekas wakil rakyatnya meninggalkan parti itu kerana dorongan habuan yang lumayan
Beliau turut mendakwa Gobalakrishnan telah dapat menjelaskan bayaran pajakan tanah syarikat miliknya Embun Megah Sdn Bhd di Lojing Kelantan kepada Kumpulan Pertanian Kelantan Bhd dengan nilai RM1.4 juta menerusi dua cek bank yang masing-masing bernilai RM700 000 bertarikh 12 Jan lepas dan RM701 250 bertarikh 15 Mac ini Saifuddin malah menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN menyiasat mengenai kemampuan kewangan Gobalakrishnan. Bernama
3 comments:
saman jek. ape nak takut. anuwar byk duit
saman jer! kalau lekat, spende pun x tinggal....hahaha
Memang itulah...wajah-wajah yang mengisi pentas politik PKR.
CPudin dengan Gobala...kedua-duanya dulu satu kapal..faham memahami..pokoknya kedua-duanya bersatu ideologi,wawasan,impian dan intergeriti....
Hari ini Gobala sudah terbang...terbang dengan seribu impian dan angan-angan..Gobala jd liabiliti PKR...maka konco-konco PKR cari jln bagaimana nak balun Gobala..
Realitinya..Parti PKR dengan juak-juaknya xdak maruah...kerana apa saja kaedah yg perlu xkira sah atau haram...dibedalnya.
catatan Pak Ngah Bulan Mengambang
Post a Comment