DAP Melenting - PAS Berani Atau Kecut Teloq?

Isu tindakan Majlis Perbandaran Kota Baru, Kelantan yang menyerbu dua kedai buku menjual loteri kebajikan minggu lepas telah mendapat tentangan dari rakan parti PAS iaitu parti DAP.

Semalam, DAP juga menggesa PAS agar menjelaskan isu larangan menjual loteri di Kelantan dengan mendakwa pendekatan itu boleh menjejaskan sokongan masyarakat Cina kepada parti Islam itu.

“Ia akan mencetuskan kebimbangan di kalangan masyarakat Cina dan masyarakat Cina akan bimbang dengan PAS,” Kata Ketua Pemuda Sosialis DAP Anthony Loke kepada The Malaysian Insider.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua juga meminta kerajaan negeri Kelantan memberikan penjelasan mengenai isu berkenaan.

Sekarang kita ingin lihat sama ada parti PAS akan tetap dengan pendirian mereka itu di Kelantan atau akan goyah apabila digertak oleh rakan politik, parti DAP. Atau mereka akan sekadar berlakon sahaja?

Dan jika parti PAS berani, Pulau Pinang adalah negeri seterusnya yang perlu ditutup semua kedai-kedai judi. Dan Lim Guan Eng DAP tentu tidak ada masaalah untuk bertindak tegas (jika beliau berani). Kita tunggu dan lihat!

1 comment:

Anonymous said...

kalu pas berani dan teruskan usaha merampas dan menutup mana2 premis judi,pelacuran di kelantan...maka pru nanti...aku akan berjuang bersama pas.
aku tinggalkan pas sejak parti ini tidor sebantal dan benarkan dap menutuh buntot mereka.
aku marah bila pas benarkan arak yang dirampas di pulangkan diselangor.

aku akan kembali pada pas...jika pas juga kembali pada perjuangan asal.


siam islam not isle.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...