Dahulu, gerai-gerai yang didirikan golongan itu di sekitar negeri ini terutama kawasan Batu Feringgi dan Tanjung Bunga menjadi sasaran penguatkuasa negeri apabila diroboh dan diruntuhkan.
Kali ini 18 peniaga van bergerak di Pantai Queensbay, Bayan Baru disini pula menjadi mangsa terbaru apabila diarahkan tutup dan berdedardari kawasan tersebut semalam oleh kira-kira 50 penguatkuasa dari MPPP,polis dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).
Namun nasib mereka agak baik apabila campur tangan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Ketua UMNO Bahagian Bayan Baru,Datuk Abdul Rahim Saibu, berjaya berunding dan peniaga dibenarkan terus berniaga.
Dua wakil rakyat kerajaan DAP Pulau Pinang yang dihubungi kemudiannya menjanjikan peniaga boleh berniaga di situ dengan syarat mereka perlu pergi ke bahagian perlesenan MPPP di Padang Kota Lama,hari ini.Kesemua maklumat peniaga tersebut juga telah diambil didakwa untuk memudahkan urusan tersebut.
Namun, seperti menunggu buah yang tidak jatuh, setelah menunggu hampir dua jam di Bahagian Perlesenan MPPP hari ini, tiada seorang pun pegawai pihak berkuasa tempatan itu datang menguruskan permohonan mereka.
‘‘Nasib kami ini lebih buruk daripada anjing. Sudahlah selalu diganggu MPPP semasa mencari rezeki, kini apa yang dijanji tidak pula ditepati. Macam-macam alasan diberikan. Pengarah mesyuaratlah, tiada dipejabatlah.
‘‘Kami cuba memberi kerjasama dan mengikut segala prosedur yang ditetapkan, tapi ini balasan yang kami dapat. Esok kami tetap berniaga di situ. Jika MPPP datang kami tidak akan tutup van dan tidak beredar dari situ. Apa nak jadi, jadilah,” tegas Mohd. Saiful Ammar, 28,
Beliau yang mewakili peniaga di Pantai Queensbay itu berkata,kesemua mereka telah hilang sabar apabila sering kerugian akibat menutup operasi jualan sebaik penguat kuasa MPPP berlegar-legar dikawasan berkenaan.
Jelas Mohd. Saiful, kesemua peniaga Melayu di situ tidak mempunyai pekerjaan lain selain hanya bergantung harap hasil jualan tersebut bagi menampung kehidupan seharian.
‘‘Kami ini bukan kaya dan ada di kalangan kami ibu tunggal. Semuanya ibarat kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang.
‘‘Perbuatan mereka yang tanpa timbang rasa ini makin menyempitkan hidup kami yang telah sedia sempit. Inikah dia contoh pemimpin yang bekerja untuk rakyat. Menghalau dan menghalang rakyat mencari rezeki,”katanya yang telah empat tahun berniaga di kawasan itu.
Mohd. Syukri Ramli, 40, pula berkata, tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang itu semakin keterlaluan apabila peniaga yang menjual barang permainan sepertinya juga turut mengalami nasib serupa.
‘‘Mereka kata peniaga makanan ganggu lalu lintas dan menyebabkan kawasan itu kotor. Itu sebab tindakan diambil. Tetapi bagaimana pula dengan saya yang hanya menjual layang-layang. Mereka tetap ambil tindakan.
‘‘Sebenarnya, apa yang mereka kata hanya satu alasan semata-mata.Sepanjang berniaga di sini, tiada rungutan atau aduan kami terima kata kawasan itu kotor.
‘‘Justeru, kami berharap dapat dibenarkan terus berniaga di kawasan ini. Tidak kira walaupun kena menyewa gerai dari mereka, kami sanggup.Berilah kerjasama. Suruh kami datang, tapi tiada sebarang keputusan muktamad dapat dicapai,” katanya.-utusan
AS: terlalu busy buat masa ini untuk menulis dan menganalisis sebarang entry. yang penting, kerakusan dan penindasan kerajaan DAP perlulah terus disebarkan untuk menyedarkan umat melayu.
1 comment:
kenapa tak minta tolong Yusmadi barua Dapig balik pulau yang bergeger di Parleman.
Post a Comment