Pas kini berada dalam krisis keyakinan diri sama seperti yang dialami UMNO akibat kesilapan pemimpinnya, Tun Dr Mahathir Mohamad membawa masuk Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam parti terbesar Melayu itu.
Bekas menteri dan tokoh wartawan negara, Tan Sri Zainuddin menegaskan kesilapan Mahathir paling besar adalah membawa Anwar masuk ke dalam UMNO, untuk melumpuhkan Pas, tetapi akhirnya Anwar hampir berjaya melumpuhkan UMNO.
“Sehingga ini UMNO masih berhempas pulas untuk bangun semula akibat dari kesilapan politik itu dan sekiranya Datuk Seri Najib berjaya membangunkan semula UMNO, beliau akan menjadi pemimpin yang terbesar yang pernah dimiliki parti itu,” katanya dalam satu kenyataan kepada :Sinar Harian:, semalam.
Beliau pernah menyatakan hal ini kepada Mahathir dan bekas Perdana Menteri juga bekas Presiden parti itu mengakui kesilapannya dan mengatakan bahawa beliau tidak dapat menduga sikap Anwar itu.
Kata Zainuddin, Pas kini menghadapi krisis yang sama apabila pemimpin seperti Mursyidul Amnya Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden Pas Dato Seri Abdul Hadi Awang juga terpengaruh dan terus mempercayai Ketua Pembangkang itu.-SH-
No comments:
Post a Comment