PAS Yang Penuh Dendam Kesumat

Dendam kesumat parti PAs terhadap UMNO sebenarnya berpuca sebelum merdeka lagi.Dendam kesumat yang telah berakar umbi dan menjadi saka turun menurun ahli-ahli PAs berpunca daripada kekalahan dalam pilihanraya pertama pada tahun 1956.Parti perikatan (UMNO,MCA dan MIC) dibawah Tengku Abdul Rahman Putra Al Haj pada masa itu telah memenangi pilihanraya dan mendapat 51 kerusi dari kursi yang dipertandingkan sebanyak 52 kursi,PAs hanya mendapat 1 kursi sahaja.

Haji Ahmad Fuad bin Hassan pada masa itu sebagai Presidannya 1951 dan 1953 apabila sedar bahawa PAs dianggotai oleh bekas2 pemimpin puak radikal telah keluar dan kembali pada UMNO kemudian 1953-1956 Dr Haji Abbas bin Haji Ilias (Pemangku).

Semasa penubuhan PAs kebanyakkan pemimpin mereka berasal dari bekas2 pemimpin redikal dan berselindung disebalik Parti PAs yang kononnya memperjuangkan Islam.Puak-puak radikal ini membuat hubungan dengan British dan cuba mengagalkan tuntutan kemerdekaan oleh penduduk yang diketuai oleh Tengku Abdul Rahman Putra Al Haj.

Puak PAs telah menjalankan pelbagai propaganda memburukan Tengku (Perikatan) bahawa orang-orang UMNO kafir kerana bergabung dengan bukan Islam.Mereka menghasut penduduk dengan pelbagai propaganda dengan harapan mereka menolak Tengku dari menuntut kemerdekaan dari British.

Semasa gerakan menuntut kemerdekaan oleh penduduk Tanah Melayu,Tengku yang ditugaskan ke London kekurangan Dana dan pemergian kesana terpaksa ditunda.Setelah diadakan perbincangan satu jawatankuasa dibentuk untuk meminta derma dari penduduk agar dapat menambah dana bagi tujuan Tengku ke London.Kesempatan ini digunakan oleh pemimpin2 PAS untuk menghalang dengan menghasut penduduk agar membenci Tengku.

Propaganda mengatakan orang2 UMNO kafir kerana bergabung dengan bukan Islam dilancarkan bagi menghalang pemergian Tengku.Di sebabkan semangat yang tinggi untuk mendapatkan kemerdekaan Tengku dengan bantuan penduduk-penduduk berjaya mengutip dana untuk meneruskan hasrat Tengku ke London dan seterusnya menuntut kemerdekaan.

Apabila Tengku berjaya dalam tuntutannya maka Tanah Melayu dapat dimerdekakan pada tanggal 31hb Ogos 1957 tepat pukul 12 malam.Selepas merdeka satu pilihanraya bagi menentukan siapa yang sepatutnya memerintah telah diadakan pada tahun 1959.Parti mana yang menang maka parti itulah yang berhak menerajui negara.Pada pilihanraya 1959 ini Perikatan telah mendapat majoriti sementara PAS hanya dapat menguasai Kelantan setelah penduduknya termakan hasutan pemimpin2 PAs yang mengunakan pendekatan bahawa orang-orang UMNO kafir.

UMNO hanya menang 2 kursi di Kelantan tetapi mendapat majoriti daripada penduduk Tanah Melayu.Maka sekali lagi PAs terpukul dengan kekalahan tersebut dan diikuti oleh kekalahan demi kekalah dalam PRU seterusnya mendendami UMNO sehingga kesaat ini.Untuk menebus kekalahan demi kekalahan dan demi kuasa maka PAs kini rela bergabung dengan musuh tradisinya DAP untuk menghancurkan Kerajaan Barisan Nasional.Mereka PAs sanggup menjilat kembali segala ludahnya terhadap orang-orang UMNO demi mendapatkan kuasa dan mengadai apa yang kononnya diperjuangkan..

Prasiden-Presiden PAS
1.1951 -1953 -Haji Ahmad Fuad bin Hassan
2.1953-1956 -Dr Haji Abbas bin Haji Ilias (Pemangku)
3.1956-1965-Dr Burhanuddin bin Haji Md Noor
4.1965-1966-Tan Sri Mohd Asri bin Haji Muda (Pemangku)
5.1966-1969-Dr Burhanuddin bin Haji Md Noor
6.1969-1982-Tan Sri Mohd Asri bin Haji Muda
7.1982-1989-Tuan Haji Yusuf Rawa
9.1989-2002-Tan Haji Fadzil Noor
10.2002- sekarang ini Haji Abdul Hadi Awang.

Ada otak fikir..ada akal guna..ada mulut kunyah..ada maruah diri,keluarga,agama,bangsa dan negara jangan gadai...

2 comments:

TESLAMARIN said...

PAS dah tinggal hamPAS

celik sejarah said...

belajar lebih sedikit sejarah... kaji sendiri ... bukan baca di buku teks sekolah sahaja...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...