Tidak! Malaysia Antara Negara Paling TAK Selamat di Dunia

Entry kali ni AS dedikasikan kepada rakyat Malaysia yang kufur nikmat dan tak tahu erti bersyukur pabila tinggal di Malaysia. Mereka inilah yang sering menggembar-gemburkan bahawa di Malaysia kejadian jenayah kelihatan tidak terkawal di seolah-olah polis tak buat kerja dan makan gaji buta.

Namun untuk kita buka mata dan buka hati tentang reality sebenar, kita perlu sedar bahawa menurut Indeks Keamanan Dunia 2010 yang baru dikeluarkan telah meletakkan Malaysia di tangga ke-22 daripada 149 negara sebagai negara paling selamat di dunia, satu pencapaian yang membanggakan yang dikeluarkan hasil kaji selidik oleh Global Peace Index.

Ia stu peningkatan yang baik berbanding kedudukan ke-38 pada tahun 2008 dan ke-26 pada tahun 2009.Di peringkat Asia Pasifik pula, Malaysia berada di tempat ke-4, selepas New Zealand, Jepun dan Australia.

Sekalung penghargaan kepada PM, DS Najib Razak yang sentiasa beri perhatian kepada pelbagai aspek keperluan sumber, keberkesanan operasi dan pengurusan serta aspek kebajikan PDRM. Usaha bukan sahaja diberi untuk memperkasakan PDRM bahkan mendaulatkan pasukan polis ke tahap yang lebih dinamik.

Pada 2010, melalui program bidang keberhasilan utama negara, NKRA statistik jenayah indeks mencatatkan penurunan 15 peratus, berbanding sasaran 5 peratus.

1 comment:

Anonymous said...

diorang akan nampak Malaysia ni selamat apa bila nampak polis selalu buat rod block sekarang jarang-jarang nampak tu lah sebabnya diorang rasa macam tak nampak ada polis buat kerja.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...