Hassan Ali: Jumlah Anak Luar Nikah ''Sangat Besar" di Selangor

Masalah kewujudan anak tidak sah taraf di Selangor adalah 'sangat besar' dan jumlah sebenar tidak diketahui kerana ada kes kelahiran anak luar nikah ini tidak didaftarkan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata berdasarkan statistik yang ada sehingga 2008, seramai 257,000 anak luar nikah didaftarkan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Dr Abdul Rani Osman (PAS-Meru) mengenai jumlah anak luar nikah yang didaftarkan dari 2007 hingga 2010 pada sesi soal jawab sidang Dewan Undangan Negeri Selangor di sini Jumaat.

Hassan berkata bahagian penguatkuasaan seperti Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tidak mempunyai bidang kuasa terhadap pendaftaran anak tidak sah taraf kerana ia tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Pendaftaran Negara.

Sementara itu, beliau berkata Jais tidak mempunyai jumlah penguatkuasa yang cukup untuk membanteras gejala maksiat yang menjurus kepada kelahiran anak luar nikah di negeri ini.

"Nisbah pecahan anggota Penguatkuasa Agama dan Masyarakat Islam di Selangor ialah 1:25,000 orang," katanya yang berharap jumlah penguatkuasa Jais akan dapat ditambah.'Bernama

4 comments:

Unknown said...

Tahniah kepada PAS!!!

Tuan, pohon linkkan blog saya di blog tuan. Saya telah linkkan tuan di blog saya.

http://apakecoh2.blogspot.com/

CtSue said...

Umat akhir zaman..

Anonymous said...

dalam reramai anak luar nikah tu....ramai yang lahir dari keluarga penganut pas.
orang pas mana bolih bertindak tanpa 4 orang saksi.
nak cukupkan 4...maka terpaksalah orang pas sama beraksi.
dah sedap tak kan nak bising..
tapi anak2 luar nikah dari golongan pas dah di halalkan olih nabi pas...nik ajis.

Anonymous said...

Aduh.. sedapnya mulut puak2 UMNGOK ni.. Xreti baca fakta ka apa??? Kerajaan hangpa la UMNGOK BN Barisan Neraka yg perintah sampai 2008! Hahaha.. ludah ke langit kena muka puak2 UMNGOK balik...

Tahniah kerajaan PR kerana dedahkan kelemahan Kerajaan Najib laknatullah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...