Petrol RON97 naik 20 sen, kuat kuasa tengah malam ini
Harga petrol RON97 akan mengalami kenaikan 20 sen seliter mulai tengah malam ini, demikian menurut sumber-sumber industri hari ini.
Dengan kenaikan itu, bahan api RON97 akan dijual RM2.70 seliter - kadar peningkatan paling tinggi tahun ini.
"Baru petang ini kami menerima notis pengesahan (daripada kerajaan) mengenai kenaikan, 20 sen seliter kali ini," kata sumber kepada The Malaysian Insider.
Ini kenaikan kali ketiga tahun ini. Ia mengalami kenaikan 10 sen seliter berkuat kuasa 31 Januari lalu.
Harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter dan kemudian RM2.40 seliter mulai awal Januari lalu.
"Kenaikan kali ini hanya membabitkan petrol RON97, yang lain-lain kekal tidak berubah," kata sumber itu.
Februari lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan sedang mengkaji semua opsyen bagi membolehkan kerajaan tidak menaikkan harga petrol RON95 dalam waktu terdekat walaupun berlaku kenaikan harga minyak global.
Disebabkan harga RON97 diapungkan kerajaan memutuskan untuk tidak mengumumkan perubahan harganya dari semasa ke semasa.-MI
AS: Puak Pakatan haram jenis tak paham bahasa akan Meroyan Lagi. Yang Tak Guna RON97 pun akan buat kalut. Hangpa tengok la..
Apapun AS harap kerajaan gunakanlahsegala kebijaksanaan yang ada bagi memastikan harga petrol ron95 tak dinaikkan walau dengan apa cara sekalipun selagi termampu. Besar implikasinya kepada PRU akan datang.
Yang paham tu paham la, masalah dengan orang yang tak paham bahasa ni.
2 comments:
yg guna ron 97 orng kaya dgn kereta import je.....x de implikasi besar pon kat diorang....harga bahan keperluan pun x mungkin naik, sbb lori hntr sayur ngan ikan x pakai ron 97....hehehe jadi harap semua orng tenang
Aduhai!..pecah perut aku tergelak baca nik ajis punya alasan..kesian pun ada jugak. Betul kata AS lebih baik pegi buat ceramah ugama aje jgn campur dgn politik. Tak dapat nak bayangkan kalau nik ajis jd pemimping negara dan berdepan dgn pemimpin2 negara lain diPeringkat Antarabangsa. Tentu senang saja dperbodohkan oleh pemimpin2 negara lain. Nik Ajis lebih sesuai jadi penghulu dkampung.
Post a Comment