MAZA: Anwar Perlu Sumpah Muhabalah & Berundur Dari Politik Negara

Anwar Ibrahim diminta melakukan sumpah mubahalah di hadapan masyarakat bagi menjelaskan tuduhan trio ‘Datuk T’ ke atasnya, berhubung rakaman video aksi seks yang didedahkan baru-baru ini.

Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, Anwar perlu bersumpah seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menafikan beliau terlibat dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu di sebuah masjid di Bukit Mertajam, Pulau Pinang beberapa tahun lalu.

“Anwar hanya perlu lafazkan Wallahi, Wabillahi, Watallahi di hadapan masyarakat umum seperti Najib bagi membersihkan namanya, jika betul dia tidak terlibat dalam video seks itu kerana ia (bersumpah) pasti dapat membantunya.

“Saya pun tidak tahu kenapa Anwar tidak melakukan sumpah itu walhal trio ‘Datuk T’ mahu bersumpah di hadapan Kaabah. Tidak perlu di Mekah sebenarnya, di tempat sendiri pun kita boleh bersumpah, tetapi di hadapan umum,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Malah, mereka turut sanggup bersumpah laknat di hadapan Kaabah kerana yakin pelaku adegan seks dalam video itu merupakan Anwar.

Mohd. Asri sekali lagi menegaskan, Anwar patut memikirkan secara serius untuk segera berundur daripada arena politik negara kerana isu yang dikaitkan dengan dirinya adalah kompleks dan berulang-ulang.

“Pengunduran Anwar (sebagai pemimpin pembangkang) amat perlu bagi memberi nafas baru kepada senario politik tanah air, kerana sekarang kita terus disuap dengan berita ‘dalam kain’ yang amat tidak sihat,” katanya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...