Ayuh! Gerakkan segera 1Melayu, 1Bumi

ORANG Cina telah bersatu. Keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak telah membuktikannya. Malah, sebenarnya orang Cina telah pun bersatu sejak dulu lagi.

Perkembangan politik muaasir (kontemporari), selepas era-Mahathirisme dan semasa era-Abdullahisme telah membuktikan ikatan orang Cina lebih utuh dan berpadu. Hubungan kekitaan, kekeluargaan serta brotherhood dan ukhwah orang Cina lebih erat, tanpa boleh ditandingi oleh mana-mana kaum di atas muka bumi Malaysia ini.

Walaupun antara mereka berlainan haluan politik, tapi apabila sampai masa menentukan arah untung nasib kaum Cina – mereka akan bersatu atas pangkahan undi yang sama.

Dalam ekonomi, mereka membantu antara satu sama lain. Dari sekecil-kecil ekonomis kepadalah yang sebesar-besarnya, mereka akan tolong-menolong antara satu sama lain.

Budaya telah berjaya menyatupadukan orang Cina. Dalam masyarakat Cina tiada istilah bidaah yang boleh memesongkan mereka daripada soalbudaya dan adat resam bangsa. Bahasa Cina diangkat tinggi, malah ada yang kata orang Cina yang tidak boleh membaca Cina pun akan turut membantu membeli akhbar Cina. Maka itu, akhbar Sin Chew Jit Poh – suara keramat orang Cina, menjadi antara akhbar yang paling tinggi edaran dan keuntungannya di Malaysia.

Sekolah Cina terus dijadikan sebagai cagaran politik utama – yang tidak boleh dikompromi sama sekali.Pendek kata, orang Cina sebenarnya amat beruntung sekali berada dibumi Malaysia ini. Mereka telah menguasai segala-galanya.

Sepuluh teratas orang mereka adalah bilionaire Malaysia. Sebahagian besar kedai yang ada di atas muka bumi Malaysia ini milik mereka. Hampir semua pelajar yang belajar di universiti swasta dan IPTS ternama dan mahal-mahal di negara ini rata-ratanya orang mereka.

Saya telah nyatakan perkara itu dalam Cuit bertajuk Apa lagi orang Cina mahu? tahun lepas. Tulisan itu dipetik sepenuhnya oleh akhbar Straits Times Singapura dan surat pembaca yang saya terima dari republik itu menyokong penuh tulisan itu. Apa yang saya katakan ini adalah hakikat atau fakta.

Hanya kuasa mutlak politik yang belum dikuasai sepenuh oleh orang Cina, yang lain semua sudah. Kini DAP membawa slogan yang cukup hebat di kalangan masyarakat mereka iaitu Undi untuk Ubah, Enough is Enough(Cukuplah) dan Selamatkan Malaysia.

Slogan itu sebenarnya bukan ditujukan kepada orang lain, tapi khususnya kepada orang Cina. Terpapar megah di dada baju penyokong dan calon DAP dalam pilihan raya Sarawak supaya diubah kepimpinan Melayu Malaysia ini.

Terus terang saya katakan, saya amat menyanjungi orang Cina. Mereka mempunyai matlamat dan masa depan yang cukup jelas.

Walaupun tindakan itu berbau politik atau bukan, soalnya mereka cukup bersatu. Politik digunakan sebaik-baik mungkin untuk menyatupadukan kaum itu.

Kita jangan salahkan DAP. Apa yang DAP lakukan itu amat betul untuk masa depan kaumnya. Jika Pas dipergunakan oleh DAP untuk memecahkan bangsanya sendiri, itulah operatif licik DAP.

DAP telah berjaya menjadi parti Cina yang telah menyatupadukan orang Cina. MCA gagal dan SUPP pun gagal. Itu hakikat atas kertas. Malah seorang sahabat saya berbangsa Cina, pengarang sebuah akhbar ternama bersetuju bahawa orang Cina kini ke arah menyokong pembangkang. PilihanRaya Umum Ke-13 akan digunakan sepenuhnya untuk menyatukan kuasa mereka.


Sebaliknya apa yang orang Melayu buat? Tiada apa-apa. Mereka ialah satu bangsa yang cukup selesa, komplesen, alpa dan tidak peduli. Malahpemikiran mereka cukup bercelaru.

Apa yang harus UMNO lakukan? UMNO harus berfikiran seperti DAPkah?


Pandangan saya, apa yang UMNO harus lakukan sekarang, di masa yang amat terdesak sekarang, ialah melancarkan gelombang perpaduan bangsa –1Melayu, 1Bumi.

Lancarkan segera 1Melayu, 1Bumi dalam lingkungan UMNO dan parti-parti Melayu yang lain.

Jika Pas degil dan tidak mahu ikut serta, gabungkan dengan puluhan NGO-NGO Melayu yang kini tumbuh bagaikan cendawan di atas bumi Malaysiaini. Perlu diingat NGO-NGO itu wujud kerana mereka dahagakan wadah perjuangan untung nasib bangsa semakin ditinggalkan. UMNO harus tarik pertubuhan sukarela ini ke hadapan dan menjadi juara semula dalam soalini.

Persetankan Pas yang ternyata telah menggadaikan perjuangan bangsa Melayu untuk kepentingan politik totok mereka. Hairan sungguh, para penyokong Pas akan menjadi lebih kuah daripada sudu semasa berkempen,dan mereka tidak pernah sedar bahawa secara senyap-senyap DAP cukup strategik mempermainkan mereka.

Saya kira, sekiranya lima kerusi Pas di Sarawak itu ditandingkan dikawasan Cina sudah pasti mereka akan menang dan ada wakil dalam dewanundangan negeri. Tapi DAP telah mempermainkan mereka. Pas diletakkan dikawasan kaum bumiputera, bagi membolehkan kaum bumiputera terusberpecah. Pas seperti biasa, tidak sedar semua itu.

Dalam usaha meniupkan gelombang 1Melayu, 1Bumi, tidak salah 1Malaysia diteruskan kerana ia adalah dasar jangka panjang negara.Parti komponen Cina dalam BN pun tidak akan marah jika UMNO melancarkan gagasan 1Melayu, 1Bumi kerana bagi mereka orang Cina telah pun bersatu.

Tidak salah bagi orang Melayu melancarkan seruan 1Melayu, 1Bumi kerana orang Melayu sendiri belum bersatu.

Dalam tulisan-tulisan saya sebelum ini, saya ada mengatakan orang Melayu berpecah kepada enam golongan. Melayu UMNO, Melayu Pas, MelayuPKR, Melayu DAP, Melayu Liberal dan Melayu Atas Pagar.

Orang Melayu cukup berpecah. Orang Cina tidak akan marah sekiranya orang Melayu bersatu kembali. Mungkin DAPlah yang tidak selesa kerana matlamat mereka untuk memecah-belahkan lagi orang Melayu akan gagal.

Bagi DAP, selagi konsep Malaysia Malaysian mereka tidak berlaku, selagi itu mereka akan berusaha keras untuk menjayakannya.

UMNO harus meniupkan gagasan 1Melayu, 1Bumi ini segera. Orang Melayu harus disatukan segera bagi memastikan mereka menguasai semula politik yang semakin terhakis daripada tangan mereka.

Walaupun Melayu berpecah, namun ada lagi suara-suara segelintir yang amat sayangkan bangsa. Seorang sahabat umpamanya, menghantar SMS semasa tulisan ini ditulis berbunyi: “Tolong tulis...BN jangan lagi bagi kawasan majoriti Melayu kepada wakil MCA, Gerakan dalam PRU akan datang... cukup sudah pengorbanan UMNO yang dibalas dengan tuba. MCA dan Gerakan WAJIB akur kerana kalau mereka kalah dengan DAP, wakilmereka tak perlu dilantik dalam kerajaan...”

Itu ialah suara marah. Orang Melayu marah. Tapi kita harus rasional. Susun semula barisan dan gelombang satukan orang Melayu.

Saya bercakap bagi pihak bangsa saya. Gagasan inilah yang turut dimainkan oleh sahabat saya, saudara Ridhuan Tee Abdullah, seorang mualaf Cina yang cukup kental jiwa ultra-Melayunya. Orang Cina amat tidak menggemari beliau di atas semangat assabiyah Melayu beliau itu.

Namun bagi Ridhuan, dan orang Melayu yang lain, mereka amat khuatir dengan perkembangan mutakhir yang berlaku di negara ini sekarang.

Namun, penghargaan harus diberi kepada kaum bumiputera Sarawak yang telah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan begitu betul sekali.

Saya angkat topi kepada kaum bumiputera Sarawak yang dilihat lebih matang daripada orang Melayu di Semenanjung. Sekiranya mereka tidakbersatu dalam pilihan raya 16 April lalu, maka Sarawak sudah tentu akanjatuh ke tangan orang lain.

Orang bumiputera Sarawak telah memberi satu petunjuk yang amat berharga supaya diikuti oleh kaum Melayu di Semenanjung.
Namun, orang Melayu Semenanjung berpecah enam. Mereka masih lagi berpecah enam.

Oleh itu menjadi kewajipan UMNO; atas nama pejuang-pejuangnya yang terdahulu; dan sebagai parti induk orang Melayu; lancarkan segera slogan 1Melayu, 1Bumi bagi menggerakkan semula gelombang kebangsaan bangsa itu.

Melayu harus dan wajib disatukan kembali sebagaimana kita mahu satukan orang Malaysia di bawah semangat 1Malaysia. Tiada makna adanya 1Malaysia, jika orang Melayu sendiri pun berpecah.

Kini terletak dalam tangan UMNO untuk menentukan hidup atau mati bangsa ini.
Orang Cina sudah ada 1Cina dalam erti kata tersendiri. Orang Melayu pun perlu ada 1Melayu, 1Bumi. Ayuh gerakkan!

AS bawakan artikel dari Zaini Hassan. Kita dah nampak yang mana sentimen-sentimen sebegini sudah mula membesar. DiPRU13 nanti, bukan lagi pertandingan antara parti-parti..

Tapi sudah menjadi pertandingan antara Melayu/Bumi dan Cina,ini sangat bahaya buat keharmonian bangsa Malaysia.
Punca UTAMA bermulanya bibit-bibit politik sebegini adalah tidak lain dant idak bukan,
PARTAI DAP CELAKA KOMUNIS, CAUVINIST DAN RASIS!

3 comments:

Bumiputra said...

Bersatulah Melayu dan Bumiputra dalam 1Melayu 1bumi...kita tak perlu sokongan cina untuk memperkuatkan politik bumiputra dan membentuk kerajaan...biar dalam kabinet nanti hanya ada kaum bumiputra sahaja...disitu nanti mereka akan nampak langit itu tinggi atau rendah...tidak dapat 2/3 untuk membentuk kerajaan pun takpe tapi biarlah semua ahli parlimen ni adalah bumiputra..jangan biarkan bgsa asing menjajah negara ini... Syabas 1MELAYU 1BUMI

Zainal Abidin said...

Setuju apa yang saudara katakan. Sudah lama juga saya amati perkara ini, saya sendiri pun kurang percaya dengan orang-orang cina ini walaupun mereka memakai baju MCA mahupun Gerakan, tapi badannya tetap cina. Depan kita sokong BN dan UMNO, tapi di belakang kita, mereka bersetongkol dengan DAP. MCA & Gerakan memperjuangkan perjuang BN bukan semata-mata untuk kaum Cina, tapi DAP sudah pasti untuk Cina dan matlamat menghapuskan kekuasaan Melayu. Demi bangsa sudah pasti mereka pilih DAP. Adakah kita pernah dengar atau terbaca, Lee Leong Sik kutuk Lim Kit Siang? atau Chua Soh Lek burukkan Lim Guan Eng? pendek kata kita tak pernah dengar orang cina kutuk orang cina.
Orang Melayu kena fikir2kan perkara ini.., dalam diam mereka bersatu. Tetapi MELAYU kini bukan saja dalam diam, tapi diperhebohkan perjuangan tak sehaluan, tubuh NGO sana NGO sini..,
UMNO dan Pas dah macam tak boleh nak disatukan walaupun demi bangsa MELAYU
Perjuangan Pas dan PKR cuma hendak menjatuhkan kerajaan UMNO & BN, itu saje. Bila PAs dan PKR berhempas pulas memburukkan UMNO, DAP cuma berpeluk tubuh dan sesekali menyuntik jarum syaitan kononnya menyokong perjuang mereka. Bila semuanya berhasil buaya DAP laknat ini menunggu peluang untuk membenamkan semua parti-parti Melayu ke dalam lubuk di Tanah Melayu ini sendiri..

Pikirkan lah, kalau kita tidak boleh hendak pecahkan perpaduan cina, kita pikirkanlah penyatuan bangsa dan ketuaan MELAYU ini sendiri..

1MELAYU 1BUMI

hangkedee said...

Nasi sudah menjadi bubur.Ramai melayu melayu PAS+PKR telah terpersona dengan kelazatan daging panggang Dapig.Tak percaya tanya pok nik, hadi mengkafir dan Aljuburi omega

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...