Apa Ni LGE Musibat? Dah Bagi Tak Mau Pulak?

Dulu LGE pernah bising kata tak terima duit ni. Ni semalam dalam Dewan Sidang DUN Wakil Rakyat UMNO dah bagi bukti yang wang tu dimasukkan ke akaun kerajaan negeri bila dah termalu tak mau terima pulak!

Nak buat bersandiwara apa lagi ni? Dah warga tua tak mau makan duit judi lumba kuda tu sudah la! Terima la hakikat! Awat nak paksa pulak? Buat perangai macam budak-budak la LGE musibat ni!


Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak akan menerima wang RM23,700, hasil kutipan daripada warga emas yang enggan menerima wang ihsan itu yang didakwa diperoleh daripada hasil judi.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri enggan menerima wang yang dikreditkan oleh Umno ke akaun bendahari kerajaan negeri kerana ia dipulangkan dengan cara tidak betul selain meragui sumber wang tersebut.

"Saya sudah meminta Pegawai Kewangan Negeri (Mohd Mokhtar Jait) untuk menyediakan satu cek berjumlah RM23,700 untuk dikembalikan kepada Umno secepat mungkin," katanya pada sidang akhbar di sini, Rabu.

Warga emas berkenaan memulangkan wang RM100 yang diterima masing-masing daripada kerajaan negeri berikutan terdapat dakwaan yang menyatakan kerajaan negeri menggunakan sumbangan sebuah syarikat perjudian sebagai wang ihsan kepada warga emas negeri ini

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...