Contoh peniaga yang biadap |
Pernahkah kita terfikir mengapa 170 drpd 193 negara dlm dunia ini (88%) sudah melaksanakan GST, Goods & Services Tax atau CBP, Cukai Barang & Perkhidmatan atau VAT, Value Added Tax? Adakah mereka ingin menzalimi rakyat di negara masing2 itu?
Angka 170 itu termasuk negara mundur, berpendapatan sederhana rendah, berpendapatan sederhana tinggi (Msia termasuk kategori ini) dan juga negara2 maju.
Pernahkah kita cuba ingin mencari jawapan mengapa 43 drpd 57 negara (75%) dlm OIC, Organisation of Islamic Cooperation sudah melaksana GST/VAT? Tentu negara2 itu tahu yg GST hukumnya harus & dibolehkan drpd sudut agama Islam.
Jawapannya ialah kerana GST lebih baik drpd sistem cukai kepenggunaan yg lain spt SST Sales & Services Tax atau CJP, Cukai Jualan & Perkhidmatan yg di Msia ini sudah pun dilaksana sejak 1972 & 1975.
SST? Apa itu? Pembangkang sebut selama ini kita tak ada kena cukai tapi sekarang semua org kena. Betul ke itu? Black box kapal terbang warna hitam. Betul ke? GST cukai yg zalim. Betul ke? Kotak hitam rupa-rupanya berwarna jingga/oren. GST model Msia yg sebenar adalah cukai yg adil & tidak zalim.
Selama ini rakyat Msia sudah pun membayar cukai SST dlm banyak barang & perkhidmatan iaitu 5% atau 6% atau 10%. Malangnya SST itu kurang telus sbb ianya termasuk dlm harga barang yg rakyat tidak perasan sedangkan GST kini telus kerana ada dlm resit. Rakyat Msia tiba2 menjadi tambah celik kewangan bermula 1/4/15. Dulu tidak pernah simpan resit barang2 yg dibeli, skrng resit dibaca, disimpan & di whatsapp ke seluruh dunia !!
Berikut adalah sbhg drpd kebaikan GST utk rakyat & negara:
1) Sistem cukai yg berkesan, telus dan cekap kerana GST mempunyai aturan yg baik, penggunaan sistem komputer dgn perisian yg tepat & boleh diurus sendiri. Buku akaun jadi satu dokumen yg lengkap, bukan sentiasa rugi jika diguna waktu membayar cukai kpd Lembaga Hasil, LHDNM.
2) Mengembangkan ekonomi negara kerana GST jadikan perniagaan berkembang lebih teratur dgn rantaian jualan jadi lebih baik. GST boleh kembangkan ekonomi negara 0.3 - 0.5% dlm tahun pertama pelaksanaannya.
3) Mengurangkan ekonomi terselindung (pengelakan / penipuan cukai). Kini ekonomi gelap di Msia menurut kajian Bank Dunia berjumlah 30% drpd KDNK, Keluaran Dlm Negara Kasar / GDP Gross Domestic Product. Dan dgn GST "the shadow economy" ŵini boleh dikurang kpd 10-15%. Pembangkang yg tak sokong GST adakah mereka sedar ini bermaksud ingin lindungi penipuan cukai??
4) Membantu sektor eksport negara kerana semasa SST cukai dikenakan kpd eksport. GST tidak dikenakan terhadap eksport maka jadikan eksport lebih murah & berdaya saing di peringkat antarabangsa. Pembangkang tidak setuju kpd langkah yg baik ini?
5) Membantu sektor pelancongan kerana pelancong boleh claim GST di airport terhadap barang yg dibawa pulang. Namun khidmat & belanja dlm negara tetap pelancong bayar GST.
6) Mengurangkan kos perniagaan kerana peniaga boleh claim cukai input 6%. Rantaian kilang, pemborong & peruncit boleh claim balik yg akan turunkan kos niaga. Pengguna tidak claim balik sbb jika claim maka tiadalah sebarang cukai akan dikutip. Tapi pengilang, pemborong & peruncit adalah rakyat yg juga pengguna.
7) Menjadikan harga barang lebih patut bila kos niaga berkurang. Semasa SST, cukai dianggap sbg kos maka ianya dipindah kpd pengguna utk membayarnya. GST bukan suatu kos kpd peniaga. Pembangkang tidak suka harga barang jadi lebih patut?
8) Menambah hasil negara utk manfaat rakyat sbb cukai diguna utk pendidikan, kemahiran, kesihatan, keselamatan, kebajikan, ratusan touchpoints Bajet tahunan & pembangunan negara secara keseluruhan. Cukai adalah dari rakyat, dikutip & di bajet dgn adil oleh Kementerian Kewangan, diproses / lulus di Dewan Rakyat / Dewan Negara dan dikembalikan semula kpd rakyat.
9) GST sistem cukai yg lebih baik drpd cukai jualan & perkhidmatan SST kerana berlaku cukai atas cukai & pindahan nilai dlm SST. 5% SST jadi 8% dan 10% jadi 15%. Ini jadikan harga barang naik. Kesan 8 & 15% itu kini turun kpd hanya 6% GST. Pembangkang tidak suka cukai diturunkan?
10) Membantu Msia jadi negara maju thn 2020 nanti kerana GST menepati standard antarabangsa. Sbb itulah maka majoriti negara di dunia ini sudah laksanakannya. 9 drpd 10 penduduk di dunia berada dlm negara yg laksanakan GST/VAT.
Namun jika GST baik mengapa harga barang naik? Hakikatnya tidak semua peniaga naikkan harga. Peniaga2 yg sokong pembangkang tidak akan jayakan inisiatif baik Kerajaan BN. Mereka suka "sabotaj" ekonomi negara ini, dgn naikkan harga barang agar rakyat marah kpd BN.
Peniaga yg beretika spt puluhan cawangan Mydin, 165 Kedai Rakyat 1Msia, lebih 300 cawangan Pasar Tani, 21 cawangan Jakel, lebih 600 cawangan KFC, Domino Pizza, sbhg besar pasar2 raya besar seluruh negara, hampir semua pengeluar kereta spt Proton dll menjual barang dgn sama harga atau lebih rendah dibanding sebelum GST. Ya GST yg sebenar boleh menurunkan harga barang. Jika barang turun maka pembangkang akan susah hati. Oleh itu adalah menjadi kegembiraan pembangkang jika GST dapat dimanipulasi dgn menaikkan harga barangan.
Penguatkuasaan sedang dilaksanakan oleh KPDNKK & Kastam. Rakyat sedang menanti ada peniaga yg akan dihadapkan ke mahkamah kerana melanggar Akta Kawalan Harga & Anti Pencatutan dll Akta yg berkaitan dgn perlindungan rakyat & pengguna. Mahkamah baru itu kini ada di setiap buah negeri utk percepatkan perbicaraan.
Denda & penjarakan mereka yg mengambil kesempatan dgn naikkan harga spt kpd barang2 yg sebelum ini ada 10% SST maka patut turun harga kerana tolak SST 10% baru dicampur GST 6% jadi barang turun sekitar 4%. Peniaga mesti ikut SOP GST yg sebenar. Pengguna pula gunakan kuasa 3M, memilih, melapor & memboikot peniaga yg degil.
Sifar GST utk makanan asas yg dibeli dlm peratusan yg tinggi drpd belanja rakyat yg berpendapatan rendah, 4200 ubat2an, buku2, air paip, gas masak, susu bayi. Juga sifar GST utk beras, tepong, gula, garam, rempah, sayur, ulam, buah2an, semua makanan laut basah & kering, daging lembu, kambing, ayam, itik, telur dll.
Kedai kecil, warung2, pasar2 kecil yg pendapatan mereka kurang rm500 ribu setahun tiada GST. Perkhidmatan asas spt pendidikan, kesihatan, pengangkutan awam, penyewaan rumah & urusan Kjaan juga dikecualikan GST. Model GST sifar yg banyak begini hanya ada di Msia. Kadar 6% pula adalah terendah di dunia selepas 3 negara lain yg kadarnya 5%.
Kerana GST maka cukai SST turun 10% kpd 6%, cukai pendapatan individu turun 1-3%, cukai koperasi diturunkan 1-2%, cukai syarikat turun 25% kpd 24% dan cukai PKS/SME turun 20% kpd 19%. Kerana GST maka BR1M dinaikkan kpd rm950. Rakyat tentu inginkan akan ada lagi program2 kebajikan lain yg akan diumumkan dari semasa ke semasa.
GST adalah perubahan sistem cukai yg terbesar dlm sejarah Msia. Perdana Menteri sebut fakta ini dlm perjumpaan dgn Kastam pada 30/3/2015. GST akan stabil dlm masa 6 bulan drpd tarikh 1/4/15, menurut Kastam. Saya harap GST boleh stabil dlm masa 3-4 bulan, mudah-mudahan.
Ada orang minta saya berhenti bercakap ttg GST. Jika saya ikut kata mereka itu maka pembangkang akan menang dlm putar belit mereka merosakkan minda rakyat. Saya tidak akan berhenti menjelaskan yg GST lebih baik drpd SST. Anda boleh ikuti penjelasan GST saya dlm twitter @ahmadmaslan.
Atau dapatkan maklumat GST yg ada di hujung jari kita drpd telefon pintar dll di alamat:
www.gst.customs.gov.my
www.gstmalaysiainfo.com
www.gstpedia.my
www.treasury.gov.my
www.kpdnkk.gov.my
Tkasih. ABM @ DAM @ Tok Mat 21/4/2015
12 comments:
Jadi....apehal pula rakyat yg jadi mangsa? Inflasi sana sini...Setakat hampir sebulan ni...takde lagi aku jumpa harga barang atau servis yang turun berbanding sebelum ini kecuali sebuah klinik swasta yang harga ubatnya kekal.
Isu topup prepaid pun tak boleh handle tak boleh tegas apehal?
Ada juga yg mengatakan kotak hitam kapal terbang warna hitam ish3!!!
Peruncit akhir yang terkeluar drpd rantaian yang membolehkannya claim gst akan terpaksa menaikan harga barang berserta dgn ambil kesempatan dan tamak (walaupun begitu tak dinafi masih ada yang amanah dan berhati perut). Inilah realiti.
Penguatkuasaan pula teramat lemah.
Bercakap tanpa reliti...
Fomca cakap harga naik 20 30 persen di sebuah pasaraya...
Dan aku tak tau betul ke ada barang turun harga?
Barang apa? Kangkungkang?
Susu anak tanpa gst, tapi harga naik!
Sepanjang2 kau tulis, sepatutnye..
Nampak la hasil barang turun harga!
Tapi tak!
Barang naik jugak!
Belanja naik jugak!
Gaji tak naik!
admin,
bagus entry anda. Tapi saya tak sokong!
Admin, tolong turun kebawah, kelapangan kebanyakkan. Jangan turun padang pakai kreta, tinggal kat hotel sementara nak lihat ceruk negeri dan rasai sendiri bagaimana mereka menghadapi kenaikkan harga barang.
Lepastu buat entry dengan ikhlas hati!
Disini bukan hanya pembangkang yang menulis, Kalau tak stuju aje terus kata dari pembangkang. Tapi hakikatnya yang menulis ini, yang tak puas hati ini, yang rasa payah ini adalah dari KAMI YANG TELAH BAGI UNDI KEPERCAYAAN AGAR MENJAGA KEPENTINGAN RAKYAT! Bukan bagi undi supaya buat dasar yang menyebabkan perbelanjaan rakyat semakin tenat, lepastu naikkan gaji ahli parlimen! segera, tak sabar sabar pulak tu!
Apa kejadahnya??
Admin, anda kelihatan Nampak baik pada kerajaan saja, tapi pada rakyat kebanyakkan kais pagi makan maghrib bagaimana?
GST hanya dikenakan kepada barang tertentu saja. Ok mari kita lihat contoh ini: Seorang pemandu lori peghantar barang telah bawa lorinya kebengel unt tukar tayar. Selepas selesai, dia dikena membayar harga tayar yang dikenakan Gst, Upah servis yang dikena GST. Tuan admin fikir harga barang yang mereka angkut setiap hari itu akan dinaikkan oleh pemandu lori itu atau tidak?? contohnya, sayur kangkung yang dibawanya ke kedai itu akan dinaikkan kos tambang atau tidak?? Tuan admin kena bayar lebih sikit dari biasa sebab nak tamping kos gentian tayar tadi, jadi betapa baiknya kalau tuan admin tak naikkan kos tambang upah angkut! Masalahnya ini bukan tuan admin yang jadi drebar lori tersebut. Adakah admin boleh pergi sekat drebar lori tu dari naikkan rega tambang?
Bila kos tambang naik, peruncit akan naikkan harga! Nah..disitu batang yang tak kena Gst tapi turut naik lori sebelum ini pun AKAN NAIK HARGA!
Disitu admin kena lihat!
Kepada yang ada otak, sila fikir.
Jangan guna otak kepala lutut!
Harini 6%..tahun depan dijamin e tak naik lebih dari itu??
Manakala gaji dan pendapatan rakyat naik ke bulan depan???
JANGAN JADI BODOH!
Bukan suruh tumbangkan kerajaan tapi TUMBANGKAN PEMBUAT DASAR itu!
GANTIKAN DENGAN YANG LENIH BAIK. Masih ada lagi pemimpin dalam kerajaan yang lebih efisyen. ta perlu saya sebutkan disini.
TUKAR PEMBUAT DASAR tu sebelum MENDATANGKAN PENYAKIT BARAH DALAM KERAJAAN!
Dulu heboh peniaga2 dpt mengelak cukai dan mgisytihar cuma jumlah yg kecil pada lhdn.Pembangkang suruh ikut singapore yg dpt menjejak setiap perolehan sbnr peniaga setiap hari dgn cukai gst.
Bila dh ikut cara singapore....gasak sampai tumbang pulak....
Skrg...dgn gst...barang dari kilang dpt dijejak hgga kpd peniaga.Mgkin tiada lagi kes sembunyi barang krn semua dh online sampai ke lhdn.
Sedara...cdg sedara mintak buku pgguna di kpdnk...rujuk harga.
Jika tak puas hati...bnyk cara utk buat laporan.
Ye ke? Tempat aku harga barang tak naik pun. Siapa suruh pergi beli barang kat kedai runcit atau dekat kedai yang purposely naikkan harga sebab nak bagi ramai orang marah kat Kerajaan. Beli lah dekat Mydin, Tesco, KR1M dan kedai-kedai yang tidak anti-Kerajaan. Sebagai pengguna anda pandai2lah sendiri nak beli kat mana. Kalau KFC boleh serap GST kenapa tidak perniagaan2 lain (yang berkaitan keperluan harian). Tak logik kan. Nampak sangatlah sengaja barua2 ni nak naikkan harga barang.
Besa la negara lain yg mula melaksanakn gst ini tidak terlepas dari bantahan, kutuk,maki hamun dan sebagainya tetapi selepas 1 2 tahun rakyat mereka yg membantah da mula senyap sbb dah mula menerima impak hasil dari cukai yg efisen ini...
Aku tidak melihat hari ini, esok atau lusa tp aku lihat 10 thn yg akan datang utk anak2 aku.. masa tu aku yakin rakyat negara ini akan berterima kasih kepada PEMBUAT DASAR.. x tau sama ada mereka masih hidup atau mati untuk menerima pujian.. Biar Allah yg membalasnya..
Aku bukannya org kaya, x juga miskin.. keja pn besa2 jerr kais SUBUH mkn SUBUH kais Magrib bt cara magrib.. tapi aku x la rasa sgt mcm nak kebulur papakedana dek kerana gst ini.. berbelanja la mengikut kemampuan..org kaya cara org kaya la.. x kan la anon2 kat atas ini nak berblanja mcm org kaya.. konfom korang koyak rabak.. apa yg penting rezeki yg kita terima tu halal.. bila halal terasa la keberkatannya.... Aku keja kilang jerr
Berakit- rakit ke hulu, berenang ketepian.....
Sepatutnye GST nie adalah cukai ganti pada SST.. tapi nampaknye mcm penambahan cukai kerana rata2 harga barang jadi melambung naik..
Admin ni lain kali nak wat entry make sure wat homework 1st. Memalukan dan memualkan dgn statement backup GST. Try tgk rate GST and income perkapita negara yg implement GST tu. X yah g jauh2, Singapore je. Mcm2 alasan tuk mengHalalkan GST. Nanti d akhirat kelak, jwb la kesusahan/keperitan rakyat nak hidup...
Ramai kawan yang aku jumpa sokong GST. Doktor, consultant, tauke hardware dsbg. Tapi kefahaman GST macam tidak terjangkau oleh minda manusia2 tolol yang mempercayai penghasut2 yang kerja mereka memang menghasut. GST adalah sistem percukaian efisyen. Bila cukai lebih efisyen maka akan lebih lah pendapatan negara.
Jadi apabila pendapatan Kerajaan meningkat wang dapat digunakan untuk membangunkan ekonomi Negara. Lebih banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan. Pendapatan rakyat akan meningkat.
GST juga berkait rapat dengan kedudukan kewangan negara. Apabila defisit belanjawan berkurang maka kedudukan makro-ekonomi negara kukuh. Keyakinan pelabur kepada ekonomi Negara meningkat. Apabila mereka melabur di Malaysia ini juga akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan juga meningkatkan pendapatan rakyat.
Sebenarnya GST bukan cukai tambahan. Ianya menggantikan SST. Barang yang anda beli dulu sudah termasuk cukai SST. Tapi kenapa ianya menjana lebih pendapatan kepada Kerajaan walau pun kadar lebih rendah dari SST. Sebabnya ialah peniaga2 tidak boleh tipu Kerajaan. Peniaga2 tidak boleh bawa keuntungan ke luar negara seperti apa yang disebut sebagai pengaliran wang haram. Buat duit kat Malaysia tetapi keuntungan dibawa keluar. Malaysia juga yang rugi sebab duit keuntungan itu tidak dilaburkan ataupun disimpan di Malaysia.
Kebanyakan harga barang sepatutnya turun tetapi kenapa harga barang naik? Sebabnya ialah ada peniaga yang mengambil kesempatan untuk mendapat lebih keuntungan dan pada masa yang sama mengharap rakyat menyalahkan dan membenci Kerajaan.
Harap menteri2 memberi penerangan kepada rakyat dalam bahasa yang lebih mudah.
Post a Comment