Panas! Pengundi Batu Kawan Berdemo Bantah Tindakan Biadap Ramasamy TKM2 PP!


Dr. P Ramasamy TKM2 Pulau Pinang Yang Juga Ahli Parlimen Batu Kawan telah menimbulkan kemarahan penduduk dengan bertindak membuat keputusan dengan membelakangkan menindas kaum India di situ.
Sebentar tadi, hampir 50 orang dari sekitar Estet Kawan Batu telah melakukan protes bantahan termasuk sepuluh daripada mereka telah mengadakan mogok lapar berikutan P. Ramasamy telah memandai-mandai mengumumkan dalam akhbar Tamil baru-baru ini bahawa tapak perkuburan Hindu di situ akan dikendalikan oleh Majlis Hindu Endowment.

Masalahnya disini, Ramasamy langsung tak berunding dengan pihak pengurusan kuil di situ yang selama ini menjaga tanah kuburan tersebut sebaliknya terus bertindak sesuka hati dengan membelakangkan penduduk-penduduk di situ.Dimaklumkan Penduduk bagi masa 30 hari untuk selesaikan masalah tersebut dan jika gagal mereka akan jumpa LGE musibat untuk serahkan memorandum.

Bukan isu ni saja yang membangkitkan kemarahan mereka, penduduk turut mengeluh kerana sejak Ramasamy menjadi Ahli Parlimen dan Timbalan Ketua Menteri 2 PP, tiada sebarang sumbangan atau jasa yang besar diberikan olehnya kepada penduduk setempat. Oleh itu, rakyat perlu sedar bahawa pakatan rakyat ternyata parti penipu yang mana kerjanya hanya 24 jam berpolitik dan mencari salah orang laintetapi nasib rakyat terabai.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...