Penduduk Kelantan paling ramai mohon Rumah Mesra Rakyat: SPNB

Sebanyak 2,363 unit kediaman Program Rumah Mesra Rakyat sudah diserahkan kepada pemohon di Kelantan yang juga jumlah tertinggi di negara ini, menurut Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Pengerusinya, Datuk Idris Haron, berkata setakat 31 Mac, jumlah pemohon di Kelantan untuk mendapatkan rumah berkenaan adalah tertinggi iaitu 6,017 permohonan.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 2,363 unit rumah membabitkan kos RM154 juta sudah siap dan kuncinya sudah diserahkan kepada pemiliknya.

"Ini membuktikan ketelusan SPNB dalam meluluskan rumah melalui program ini tanpa mengira status politik asalkan mereka menepati syarat yang ditentukan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Inden Kerja Kontraktor Program Rumah Mesra Rakyat Negeri Kelantan di sini,hari ini.

Majlis penyerahan itu disempurnakan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Noor Zahidi Omar, sebagai mewakili Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Idris berkata, Terengganu menduduki tangga kedua tertinggi selepas Kelantan iaitu sebanyak 5,505 permohonan dengan 2,028 pemohon sudah mendapat rumah berkenaan.

Beliau berkata, sehingga 31 Mac lalu juga, SPNB sudah meluluskan sebanyak 18,249 rumah berkenaan di seluruh negara dengan peruntukan sebanyak RM1.1 bilion.

"Daripada jumlah itu SPNB sudah menyerahkan 15,200 unit rumah dengan nilaian projek RM883 juta," katanya.

Beliau juga mengingatkan pemilik terbabit tidak menyewakan rumah berkenaan kepada pihak lain bagi mengelak tindakan oleh SPNB.

Katanya, nama pemilik dan anggota keluarga akan disenaraihitamkan daripada menerima rumah sama pada masa depan jika SPNB mendapati terdapat unsur penyalahgunaan.

"Ada pemilik rumah itu menjadikan rumah berkenaan sebagai inap desadan ini jelas menyalahi peraturan yang ditetapkan SPNB," katanya.

Idris juga berkata, sebanyak 11,000 unit rumah mampu milik berharga bawah RM220,000 sudah sedia untuk dijual kepada pembeli di seluruh negara melalui Skim Rumah Pertamaku melalui syarikat itu.

Beliau berkata, SPNB menerima banyak pertanyaan mengenai rumah berkenaan dan yakin ia mampu menjadi pilihan pembeli di seluruh negara berdasarkan tempat yang strategik dengan harga yang kompetitif. -BERNAMA

AS: BUKTI KERAJAAN MENDAHULUKAN RAKYAT TANPA MENGIRA STATUS POLITIK? POK NIK? RUMAH NI HARAM TAK?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...