Bersih. Agenda Kafir Laknat !

Kita lihat bahawa semangat kebangkitan Islam telah begitu ketara di seluruh dunia.Ini satu perkembangan yang baik. Ini mungkin menandakan bahawa umat Islam sudah mula cinta pada Islam dan tidak rela lagi melihat Islam itu diapa-apakan.

Mungkin juga umat Islam sedunia telah mula memahami akan maksud ayat Al Quran Maksudnya: “Tidak sekali-kali akan redha kaum Yahudi dan Nasrani itu kepada engkau (ya Muhammad) selagi engkau tidak ikut cara hidup mereka.”(surah Al-Baqarah: 120)

Semangat kebangkitan Islam juga telah mengakibatkan umat Islam sedunia membuat perkara-perkara yang tidak ada dan tidak diajar di dalam Islam.Semangat ini telah mendorong umat Islam berdemonstrasi dan menunjuk perasaan. Silap saja langkah pihak tertentu keluarlah umat Islam dengan sepanduk-sepanduk dan slogan-slogan. Berkumandanglah suara-suara mengutuk pihak yang mereka tidak puas hati dengan.

Demonstrasi dimeriahkan pula dengan sorak-sorai, pekik jerit,kutuk megutuk dan maki hamun. Menyebabkan suasana jadi gawat.Mereka yang mengaku pejuang Islam melakukan demonstrasi jalanan, merusuh, mengganggu orang ramai dan merosakkan harta benda individu dan awam, membakar lilin cara yahudi, mogok lapar ikut yahudi (tetapi berselindung mengatakan mogok puasa), memakai baju hitam atau kuning.Dan bermacam macam bentuk tunjuk perasaan.

Apa yang para ‘pendemonstrasi ’ ini telah lupa ialah, demonstrasi dan tunjuk perasaan yang mereka lagang itu bukanlah dari Islam tetapi adalah dari budaya syaitan (toghut). Islam tidak ada mengajar demonstrasi dalam bentuk yang sebegitu. Kalau ada, apakah garis panduan nya mengikut Islam? Di sinilah lemahnya kita. Dari satu segi kita marahkan perbuatan toghut tetapi dari segi yang lain kita pula yang mengamalkan dan mempopularkan apa yang dianjurkan toghut selama ini.

Kesimpulannya mahukah rakyat Malaysia yang bangsa Melayu beragama Islam mengikut cara 'Syaitan' atau lebih tepat lagi menjadi pengikut 'syaitan'..?

Fikirkanlah seperti orang beriman pada Allah dan tepuk dada tanya iman..

1 comment:

Anonymous said...

mari sama2 sokong blog ni:

http://andabersamakami.com/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...