Edisi Pok Nik: Badan Cantik Ganti Bina Badan. Tapi Sama Je..


Mungkin dengan Slogan " Penubuhan Negara Islam" yang dibawa PAS selama ini telah menghalang mereka dari menganjurkan pelbagai aktiviti yang mungkin bertentangan dengan ajaran Islam. Demi memastikan mereka menjadi kuda tunggangan yang baik dan berguna kepada DAP dan PKR, dasar yang dibawa selama oleh pejuang-pejuang PAS yang terdahulu telah ditukar.

Mungkin kerana mahu meraikan pengguguran secara rasmi perjuangan untuk mewujudkan negara Islam ini di muktamar mereka baru-baru ini, PAS Kelantan telah menganjurkan pertandingan Badan Cantik Mr Kelantan.

Atas alasan untuk menjaga kebajikan anak-anak muda, peserta yang bertanding dibenarkan untuk memakai seluar 'kecil' yang biasa digunakan dalam pertandingan bina badan. Mengapa jadi begitu sedangkan sebelum ini puak-puak PAS lah yang paling kuat mengutuk, menghina dan mencaci sesiapa yang tidak menutup aurat mereka.

Ada saja benda-benda mengaibkan dan memalukan mereka yang dibuat oleh PAS. Tidak mustahil satu hari nanti PAS Kelantan akan menganjurkan Pertandingan Muslimah Cantik atau Ratu Bina Badan untuk menarik pengundi wanita pula. Almaklumlah PAS sekarang ni kan sudah mengamalkan dasar terbuka seperti DAP dan ingin menjaga kebajikan rakyat yang sebelum ini tidak pernah dibuatnya...Jangan sampai peserta wanita yang masuk bertanding memakai tudang dan bikini sudah...

Adakah ini balasan Allah SWT yang ditunjukkan kepada rakyat di atas sikap pemimpin mereka yang selama ini sanggup memutar belit dan melacurkan agama demi meraih kuasa dan keuntungan politik. empayar-pemuda

Tindakan Pas Kelantan menganjurkan Pertandingan Badan Cantik Mr. Kelantan 2011 menunjukkan parti itu semakin terdesak untuk menarik sokongan golongan muda bagi memastikan survival pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua Pemuda UMNO negeri, Anuar Safian berkata, tindakan Pas Kelantan itu juga bukti parti tersebut kini semakin menyimpang daripada perjuangan asalnya untuk menegakkan negara Islam dan hukum hudud. "Kerajaan Pas Kelantan sudah terdesak untuk menagih undi orang muda. Justeru, Pas sanggup melakukan apa sahaja termasuk perkara-perkara yang mereka menentang dahulu.

"Tidak hairanlah selepas ini akan ada lebih banyak program mendedahkan aurat dilakukan bagi menarik golongan muda," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan Pas Kelantan menganjurkan Pertandingan Badan Cantik Mr. Kelantan 2011 di Dewan Jubli Perak, dekat sini semalam.

Pertandingan itu diadakan bersempena Sambutan Hari Anak Muda Kelate 2011 dengan beberapa acara lain turut diadakan termasuk karnival sukan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti), pertandingan gusti lengan dan perarakan berkuda. Tindakan Pas Kelantan itu mencetuskan persoalan berikutan parti tersebut yang mendakwa berada di bawah kepimpinan ulama sebelum ini mengharamkan penyertaan wanita dalam tilawah al-Quran dengan alasan suara mereka adalah aurat.

Sementara itu, Timbalan Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (Ombak), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad berkata, penganjuran pertandingan tersebut bukti perubahan dasar perjuangan Pas daripada negara Islam kepada negara berkebajikan.

"Bila orang buat banyak yang salah, tetapi bila ia beri keuntungan kepada Pas dihalalkan. Sebagai rakyat, kita melihat bila slogan bertukar maka polisi pun bertukar," katanya.

1 comment:

KELISA DURI said...

Lu tengok la nik ajis dah tak marah .. dia sokong org tak tutup aurat... kan dia tengok bola tu........
kan team kelantan pake seluar pendek tu.......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...