Kes Khalwat Ketua Puteri. Tiada Kompromi!


Jika benar minah ni didapati bersalah, bukan saja dilucutkan jawatan pecat saja dari UMNO.
Orang macam ni lah yang menjejaskan imej UMNO.
Yang kita ni kerja tungkus lumus pagi petang siang malam nak kuatkan UMNO, dia senang-senang saja calarkan imej UMNO dengan sekelip mata!

Tindakan tegas mesti diambil untuk buktikan bahawa UMNO sememangnya tidak berkompromi dengan kes-kes sebegini yang mampu memberi persepsi buruk rakyat kepada UMNO.

Pergerakan Puteri UMNO Malaysia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pemimpin atau ahlinya yang terlibat dengan salah laku moral, apatah lagi disabitkan bersalah oleh pihak mahkamah.

Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, beliau akan membawa sebarang isu kesalahan tingkah laku, lebih-lebih lagi yang melibatkan kesalahan yang diputuskan oleh pihak mahkamah ke peringkat Majlis Tertinggi UMNO sekiranya perlu.

“Kita tegas dalam menghadapi kerenah disiplin Puteri UMNO, tidak kira di peringkat kepimpinan negeri, bahagian atau cawangan, kita akan ambil tindakan.

“Tiada tolak ansur dalam isu salah laku atau moral, terutamanya pemimpin, mereka membawa imej Puteri dan kita tidak mahu imej Puteri dirosakkan dengan unsur-unsur tidak bermoral,” katanya yang ditemui di Parlimen, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Puteri tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang disabitkan kesalahan oleh mahkamah perundangan Malaysia dan memandang serius dengan kesalahan sedemikian.

Bagaimanapun, soal untuk memecat atau menggantung keahlian individu terbabit terletak di tangan Jawatankuasa Majlis Tertinggi UMNO untuk memutuskannya, jelas beliau.

Beliau diminta mengulas mengenai kes Ketua Puteri UMNO Bahagian Jerlun, Yusmawati Yaacob, 31, yang hari ini didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Jitra atas tuduhan khalwat dengan seorang lelaki, Mohd Jasmi Ismamil, 47.

Yusmawati didakwa mengikuti Seksyen 9(1) Akta Kanun Acara Jenayah Syariah Kedah 1988 manakala pasangannya, Mohd Jasmi, dituduh mengikut Seksyen 9(2) akta yang sama dan sekiranya disabitkan kesalahan, boleh didenda RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Menurut sumber, kedua-dua pasangan itu ditahan oleh sepasukan Pegawai Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Daerah Kubang Pasu dalam sebuah rumah di Taman Tengku Sarina, Jitra, jam 1:20 pagi, 11 Mei lalu.

Pasangan tertuduh tersebut diwakili oleh peguam bela, Sukri Zakaria, manakala pendakwaan dilakukan oleh pendakwa syarie, Juliana Ramli, dan hakim Syeikh Kamaruslan Mustapha menetapkan 4 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes. mynewshub

5 comments:

june said...

mmg memalukan....sbg ketua,semasa kena tangkap tu pun patutnya dia da letakkan jawatan..tak perlu disuruh...

Dot said...

SIAPA SAJA YG BERSALAH PERLU MENGHADAP HUKUMAN YG SETIMPAL! PECAT & LETAKKAN DLM PENGAWASAN HINGGA BENAR2 BERUBAH...

JGN JD MCM SATU PUAK TU MELEPASKAN KEBAJATAN PEMIMPIN MRK DGN MEMBELIT2 KESUCIAN AGAMA. SEKARANG DAH JADI NO:2 DLM PARTI...

Anonymous said...

Dato' Abu Hassan Sharif, Ketua UMNO Bahgian Jerlunhendaklah memecat segera Jasmi daripada menjadi Setiausaha UMNO Bahgian Jerlun.

Memalukan UMNO.

putrarahman said...

Kalaulah dia pemimpin PKR, aku percaya dia akan mengaku tidak bersalah dan akan menjaja keliling negara bahawa beliau difitnah.

Anonymous said...

Camna nak cakap difitnah dah kalau kena tangkap red handed.

Lainla kalau hanya ada video yg kabur dan takda suara zaman wireless nih. Hehe.

Tak semua yg kita sokong tu niat ikhlas, banyaknya ada udang sebalik mee je.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...