Wow! Kutipan KL Gangster Dah Cecah RM11 Juta!

Pertama sekali AS ucapkan tahniah diatas pencapaian paling hebat dalam industri perfileman negara. Teruskan berkarya. Adakah perselisihan faham dengan PEKIDA tempohari melonjakkan lagi penonton filem ini? Apapun, jangan lupa membantu golongan yang memerlukan bila dah rezki murah macam ni.

Pengarah filem ‘KL Gangster’, Syamsul Yusof mengumumkan bahawa filem itu melakar sejarah baru dalam industri perfileman tempatan apabila kutipannya melepasi RM11 juta tidak sampai dua minggu tayangannya di serata pawagam seluruh negara.

Kutipan berkenaan berjaya menandingi mana-mana filem buatan tempatan ataupun antarabangsa yang pernah ditayangkan di pawagam tempatan sebelum ini.

Syamsul berkata, pencapaian itu jelas membuktikan rakyat negara ini dahagakan karya anak-anak Malaysia dan mampu memberi seratus peratus sokongan pada industri perfileman tempatan.

“Hari ini,saat ini, aku sujud syukur pada Ilahi. Aku berdiri dengan penuh rasa rendah diri. KL GANGSTER telah berjaya melakar sejarah kutipan tertinggi filem Malaysia mahupun antarabangsa yang pernah ditayangkan di serata pawagam seluruh negara,tidak ketinggalan juga di Brunei dan di Singapura,

“Kejayaan ini bukan kejayaanku dan warga kerja SKOP Production semata. Ini adalah kejayaan buat semua penggiat seni filem tanah air dan dalam masa yang sama kejayaan buat semua rakyat Malaysia. TAHNIAH buat kalian semua!,” katanya dalam laman blog beliau, http://prodigiousburnsoul.blogspot.com.

1 comment:

Unknown said...

Kontroversi tu kot yg tarik penonton nak tengok?

Nurul Izzah suka makan benda haram? Baca di sini!

http://apakecoh2.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...