Apa yang diperkatakan bahawapemimpin PAS seolah-olah pelakon filem yang sedang beraksi mencari pengaruh, kini menjadi kenyataan.
Sebagai contoh didalam kes khalwat Mat Sabu - Norma misalnya.
Walau dalam apa jua bentuk sekali pun apabila lelaki
dan perempuan yang tidak muhrim berdua-duaan didalam sebuah bilik tanpa mahramnya atau tidak kerana darurat, Islam tetap menghukumnya salah.
Mahkamah Syariah Kelantan telah menghukum tidak bersalah adalah disebabkan fakta-fakta perundangan yang tidak cukup untuk dihukum bersalah, kerana perbicaraan tersebut melalui proses undang-undang dunia,sedangkan Mat Sabu tidak boleh terlepas daripada dosa terhadap Allah s.wt.
Yang anehnya dalam kes tersebut, Nik Aziz telah hilang pedoman dan melakukan kesilapan besar terhadap Islam yang dipelajari dan diajarinya.
Atas dasar hukum Islam manakah yang menyebabkan beliau memberi kenyataan kepada pemberita di hari penangkapan bahawa: "Mat Sabu diperangkap" sedangkan pada masa itu beliau belum membuat siasatan rapi, sepatutnya seorang Tok Guru tidak boleh meletakkan politik lebih atas daripada hukum Islam.
Adakah Islam mengharuskan wanita yang ajnabi berdua-duaan di dalam satu bilik ?
Mereka berdua-duaan di dalam bilik Hotel Perdana,Kota Bharu, Kelantan sehingga sempat pegawai pencegah maksiat dan pemberita datang.
Sepatutnya dalam kes ini, Nik Aziz merujuk kepada peristiwa yang berlaku kepada Siti 'Aisyah isteri Rasulullah, bagaimanacara Rasulullah s.a.w. menyelesaikan kes tersebut sewaktu Saidatina 'Aisyah r. a. difitnah berkhalwat dengan Safuan bin Muatal dulu.
SebelumNabi memanggil isterinya maka baginda tidak melabel terlalu awal dengan mengatakan bahawaisteri baginda telah diperangkap atau isterinya seorang yang baik-baik, pada hal jikalauRasulullah hendak membela isterinya pun memang layak kerana isteri Nabi memang orangbaik-baik dan telah diakui Allah s.w.t masuk Syurga pula.
2 comments:
begitulah apabila penegak asobiyah berfikir, orang kita semuanya benar. dalam dok laung depa anti asobiyah depalah sebenarnya pendokong asobiyah - kesalahan orang depa akan dipertahankan dengan segala cara dengan hujah agama, dengan hujah akal dan dengan apa kaedah yang mampu mereka fikirkan. benarlah pas itu asobiyah - mempertahankan ahli kumpulan walaupun kebatilan mereka lakukan. dalam dok berhujah guna agama mereka kata akhir zaman ini pemimpin yang dilantik adalah orang yang paling jahat antara umatnya - ya penzina, peliwat dan pekhalwat depa lantik. depalah sebenar-benarnya perosak.
Isu ini mudah aja.Siapa yang mula mengkafirkan sesama Islam.Kesannya Tuhan memperlihatkan bertapa dulang paku serpih Parti yang berselindung di sebalik jubah dan serban.Pok nik nak mengaku dia berak di tengah jalan ???????
Post a Comment