Mengapa tiada cadangan pilihanraya kuil dan tokong-tokong?


SAYA ingin mengingatkan saudara seagama dan sebangsa saya dalam PR tentang perkara berikut. Di Selangor akan ada pilihan raya ketua-ketua kampung dan Pulau Pinang, akan ada pilihan raya masjid.

Mari kita sama-sama berfikir, siapa agaknya di sebalik semua ini. Apa tujuannya dan apa faedahnya kepada rakyat keseluruhannya? Apa faedah pilihan raya masjid kepada rakyat Pulau Pinang yang bukan beragama Islam?

Apa faedah pilihan raya ketua-ketua kampung bagi penduduk kampung?
Sebagai kerajaan memerintah, buatlah sesuatu yang memberi kebaikan kepada rakyat. Saya pasti ramai bersetuju, memang ada agenda tertentu yang belum kita terfikir lagi. Soalnya, apa peranan ketua-ketua Melayu dan beragama Islam yang dilantik menjadi peneraju di atas sana?
Persoalan mudah, kenapa di Pulau Pinang, tidak ada cadangan pilihan raya kuil-kuil atau tokong-tokong. Masjid juga yang jadi sasarannya.

Yang jelas tujuannya memecahbelahkan perpaduan Melayu di kampung-kampung.
Memporak-perandakan hubungan sesama umat Islam. Akhirnya nanti, mereka juga mendapat keuntungan berlipat ganda. Pada waktu itu, walau pun antara kita memang ketua, tetapi sudah hilang peranan! Baru hendak menyesal.

Sepatutnya Pas dalam PR dapat berbuat sesuatu, bukan membisu, membiarkan selamanya diri sendiri dipermainkan.
Cubalah fikir, kenapa perkara ini semua tidak berlaku di Kelantan dan Kedah. Anda sendiri ada jawapannya!

Seperkara lagi, segala perubahan ini akan memberi kesan kepada anak-anak kita selepas ini. Jangan kita fikir masa kita sahaja. Jangan nanti anak-anak bertanya, apakah ibu bapaku buat dahulu, sehingga hidupku makin susah walaupun di negara sendiri?

Kepada Melayu Pas dan PKR, jangan bersemangat sangat hendak menjatuhkan BN dan UMNO, kerana di sebalik semua itu, anda semua gagal memperhalusi agenda sebenar puak-puak kiasu ini.

Tuhan memberi akal yang waras, jangan ikut emosi. Tuhan masih memberi ruang dan kesempatan untuk membetulkan kesilapan kerana bersekongkol dengan puak yang menentang penubuhan negara Islam.

Anda semua telah menukar matlamat kepada negara berkebajikan.
DAP sebenarnya mula mengecap kejayaan. Apa yang anda dan kita semua ada lagi? Insaflah segera!

NAL INAT
Selangor

1 comment:

Unknown said...

Betul! Apsal DAP sibuk masuk campur urusan masjid? Tokong & kuil tu yang patutnya DAP urus! PAS buat apa sekarang?

Kalau masjid pun dah jadi tanggungjawab DAP, baik PAS bubar masuk DAP je!

Nurul Izzah habis modal di Lembah Pantai? Baca di sini!

http://apakecoh2.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...