Nizar Lambai Nak Bagi RM50 Seorang! Cepat! Cepat!

Lihatlah keratan akhbar dibawah. Nizar lambai telah berucap yang mana sapa yang pergi perhimpunan 'kotoq' akan diberi RM50 tambang bas katanya.Sungguh murah nilai pendemo,hanya berharga RM50 berbanding nikmat keamanan di Malaysia yang sungguh tidak ternilai!

Apa cerita ni? Katanya ahli hamPAS semuanya berinfak mengeluarkan duit belanja sendiri untuk 'perjuangan' taikminyak kononnya? Nih duit sapa yang dikebas pulak. Bayangkan sorang RM50. 100,000 orang SAMA DENGAN RM5 Juta.. kaya kaya kaya puak hamPAS sekarang ni..

Mesti ada dana luar yang support perhimpunan celaka ini! Kalau nak tau lebih lanjut, tanya Nuaq Brahim Al-Musibati dan ambabiga. Lebih jelas tengok petikan akhbar dibawah.
"Akhbar Utusan mendakwa gerakan yang mempunyai kaitan dengan Kristian, yang berpangkalan di luar negara, dikenal pasti sebagai penyumbang dana kewangan terbesar kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).

Laporan akhbar itu hari ini mendakwa gerakan tersebut yang berselindung di sebalik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sejak beberapa minggu lalu dikesan aktif menyalurkan bantuan kepada Bersih melalui NGO tempatan.

Kata akhbar itu, antara NGO terbabit ialah Yayasan Konrad Adenauer dari Jerman yang mempunyai hubungan erat dengan Parti Kesatuan Kristian Demokratik di negara itu dan Yayasan Canadian Allied dari Kanada.

Kedua-dua NGO tersebut, menurut Utusan Malaysia, kini dikesan berada di carta ‘tiga teratas’ selaku penyumbang berbanding beberapa lagi pertubuhan asing lain, yang mewakili sembilan negara berlainan.

Dipercayai, jumlah terkumpul dana kewangan asing yang dimiliki Bersih kini sudah mencecah jutaan ringgit dan ia bakal digunakan untuk membiayai operasi demonstrasi.

Malah, Utusan Malaysia juga mendakwa bahawa minggu lalu sahaja sebanyak RM250,000 dari negara asing disalurkan secara haram kepada sebuah NGO tempatan yang bernaung di bawah Bersih 2.0.

“Semua sekali, sembilan negara asing yang menjadi ‘tangan ghaib’ bagi mencetuskan keadaan huru-hara dalam negara pada 9 Julai ini dan mereka bergerak melalui NGO,” lapor Utusan Malaysia.

“Penyumbang paling besar yang dikesan adalah daripada NGO yang mempunyai kaitan dengan Kristian,” kata Utusan Malaysia memetik sumber.

Dalam pada itu, sumber tersebut turut menjelaskan Bersih juga menerima bantuan kewangan daripada NGO yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Britain dan beberapa buah negara Asia yang lain."


1 comment:

Anonymous said...

Dulu depa dok kata UMNO ni matlamat menghalalkan cara..tak sangka pulak depa sebenarnya dok ludah ke langit..atau aku kah yang lupa kalau kita tunjuk satu kat orang..tiga akan tunjuk kat kita balik!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...