Normah Md Sabu Dedah Sikap Buruk Anwar!
Anwar tidak menjawab tuduhan skandalnya – Normah Alwi
AS bawakan petikan wawancara TAMADUN dengan Normah Alwi, isteri kepada Md Sabu, disiarkan dalam majalah TAMADUN, November 1998.
TAMADUN : Tentu Pn Normah boleh ceritakan sedikit tentang persahabatan antara YB Mohamad Sabu dengan Anwar Ibrahim ketika mereka bersama-sama dalam ABIM dahulu ?
Memang mereka berkawan baik ketika di dalam ABIM lagi. Ketika itu kedua-dua masih bujang lagi. Suami saya sering menghantar Dr Wan Azizah ke hospital. Maklum lah masa tu En Mat ada kereta tetapi tidak lah canggih sangat. Sebenarnya suami saya, Anwar Ibrahim dan Ibrahim Ali berkahwin pada tahun yang sama. Kebetulan!
Kedua-dua dapat anak perempuan, cuma Ibrahim Ali sehingga sekarang
tiada anak. Anak Anwar bernama Nurul Izzah. Anak saya bernama Nurul
Jannah. Cuma saya kurang mengenali Dr Wan Azizah.
Saya
mengenalinya ketika menghadiri suatu majlis kenduri, dan Anwar baru
sahaja keluar dari kem Kemunting. Selepas itu baru mereka berdua kahwin
TAMADUN : Apabila tersebar isu skandal seks Anwar Ibrahim.
Mengenangkan suami puan, antara orang yang kenal rapat dengan Anwar
Ibrahim. Apakah sikap awal En Mat ketika itu ?
Terkejut dan tidak percaya. Memang kami tak percaya sungguh-sungguh.
Kita tunggu dan lihat saja. Jangan bersikap terburu-buru tanpa usul
periksa. Kita dengar apa yang diperkatakan oleh mahkamah. Adakalanya
peranan mahkamah tidak boleh dipertikaikan.
TAMADUN : Menyentuh sedikit isu sensasi yang hangat diperkatakan
suatu ketika dahulu berkenaan kes khalwat yang disabitkan dengan YB
Mohamad Sabu. Bagaimana puan melihat, sejauh mana penjelasan yang
diberikan oleh YB Mohamad Sabu tentang kes khalwatnya berbanding dengan
keterangan yang dilontarkan kepada Anwar Ibrahim tentang pertuduhan
skandal seksnya ? Mungkinkah ada perbezaan antara kedua-duanya
mengemukakan hujah bagi menerangkan kedudukan sebenar yang berlaku ?
Memang ada perbezaan. Seperti suami saya, setiap keterangan yang
diberikan kepada masyarakat dan rakan adalah serupa. Fakta keterangan
beliau di dalam ceramah tidak berubah. Apa yang diceritakan kepada
rakan-rakan itulah yang diberikan ketika berceramah.
Cuba lah dengar kaset ceramahnya mengenai keterangan khalwat beliau
dahulu. Tidak ada tokok tambah. Serupa. Seperkara lagi beliau boleh
membawa Haji Bukhari untuk memberikan keterangan. Tiada pun kita dengar
sehingga menimbulkan huru hara. Sebab itu kita yakin bahawa kita adalah
benar.
Berbeza keterangan yang diberikan oleh Anwar Ibrahim selama ini,
pandangan sayalah, Anwar cuba menarik perhatian orang ramai untuk
meraih simpati kepadanya dan membenci Mahathir.
Dalam ceramah beliau hanya menyebut reformasi, kegawatan ekonomi,
kronisme, nepotisme. Tuduhan skandal seks beliau tidak pernah disebut.
Malah tiada keterangan lebih lanjut mengenainya.
Mengapa baru sekarang sibuk menyebut keburukan orang lain khususnya
UMNO ? Mengapa tidak dulu ? Bukankah Anwar antara orang yang meluluskan
judi ? Mengapa setelah tidak berkuasa baru hendak menyebut soal
pengagihan kekayaan dan kuasa ?
Bagi saya, ceramah yang dilakukan selama ini tidak nampak bahawa beliau
menjelaskan kedudukan sebenar tuduhan skandalnya. Anwar sendiri
mengatakan beliau difitnah. Jadi berilah keterangan untuk menangkis
dakyah-dakyah yang dilemparkan. Selama ini hujahnya sekadar meraih
simpati masyarakat dan menimbulkan huru hara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment