AS tak pernah tau pula ada Persatuan Pembayar Cukai di Negeri kedah Ini. Cuma AS nak persoalkan, kemanakah wang cukai yang diperolehi oleh Pejabat Tanah yang mana kita tau ia adalah dibawah Pengurusan Kerajaan Negeri. Ini adalah pihak MADA sendiri telah mengakui yang mana mereka telah tidak lagi mana bayaran itu.
Ostad Zizan kena jelaskan hal ini supaya rakyat tak bersangka buruk yang Kerajaan Negeri makan duit rakyat. Jangan jawab jawapan yang sama, SAYA TAK TAU!
Persatuan Pembayar-pembayar Cukai negeri Kedah pada Ahad meminta supaya cukai parit atau tali air bagi tanah yang telah diubah status daripada tanah jenis pertanian kepada jenis kediaman dihapuskan segera.
Presiden persatuan itu, Syed Mansor Syed Salim memberitahu caj cukai parit itu sudah tidak relevan kerana pada asalnya ia adalah untuk tanah pertanian yang mempunyai tali air dan bukannya kawasan kediaman.
"Tujuan cukai parit itu dikenakan dulu adalah untuk menampung sebahagian kos pengendalian dan penyenggaraan infrastruktur pengairan dan saliran yang dibina semasa pelaksanaan Mada (Lembaga Kemajuan Pertanian Muda) pada 1969.
"Tapi sekarang kebanyakan tanah dah diubah status jadi kediaman atau tanah perniagaan, jadi tak patut bayar lagi cukai itu," katanya pada sidang media di sini Ahad.
Beliau berkata pihaknya mendapati hampir semua Pejabat Tanah Daerah di negeri ini masih belum menghentikan kutipan cukai parit yang dibayar setiap tahun itu dan setiap kediaman dikenakan caj berbeza mengikut keluasan rumah masing-masing.
"Bila kita tanya pihak Mada, mereka beritahu dah tak terima bayaran tu, tapi pejabat tanah masih kutip lagi cukai itu. Kita dah pernah bangkitkan isu ini sebelum ini tapi tak pernah ada tindakan susulan," katanya.
No comments:
Post a Comment