PAS Akui Mereka Bertindak kejam Terhadap Peniaga!

Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob mengakui kerajaan Pas Kelantan telah bertindak kejam ke atas 344 peniaga Pasar Lama Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) setelah memutuskan bekalan elektrik selama tiga hari dan menyebabkan peniaga itu kerugian RM3 juta.

Bagaimanapun beliau memberikan alasan yang dilihat terlalu “bodoh” untuk kerajaan Pas Kelantan dengan mengatakan pemotongan itu dibuat atas kesilapan teknikal.

Bukan setakat itu sahaja, malah rakyat mempersoalkan kenapa pasar sebegitu besar yang menjadi ikon kepada bandar Kota Bharu boleh berlaku kesilapan teknikal sedangkan para peniaga itu bersetuju untuk berpindah ke Bazar Tok Guru pada hujung bulan ini.

Laporan Bernama memetik kerajaan negeri hari ini mengarahkan pemaju Syarikat Sensa Timur Sdn Bhd dan Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) menyambung semula bekalan elektrik di bangunan Arked Pasar Lama MPKB.

Ahmad berkata keputusan itu dibuat Jawatankuasa Perpindahan Peniaga Arked MPKB dan Arked Uda pada mesyuarat khas hari ini, bagi membolehkan peniaga meneruskan operasi sebelum berpindah ke Bazar Tok Guru akhir bulan ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...