Santai Petang AS : 37 Tahun Tak Pernah Mandi!

Sebahagian besar manusia mandi sehari dua kali untuk membersihkan tubuh dari keringat dan kotoran. Namun, bagi seorang lelaki India bernama Guru Kailash Singh menolak untuk mandi. Singh bukan tidak mandi sehari atau dua hari, tapi selama 37 tahun.

Lelaki 65 tahun asal Desa Chatav yang bekerja di pinggir Sungai Gangga memilih mati daripada mandi. Ia pun tak peduli meski isterinya mengancam tidak mahu tidur sekatil dengannya.

"Ia melawan kami dan lari. Kami sudah cuba memaksanya beberapa kali supaya mandi, tapi kami tidak dipedulikanya," kata isterinya Kalavati Devi, 60 tahun, seperti yang dikisahkan oleh Daily Mail, Jumat 24 Jun 2011.

Kailash Singh ini setiap hari bekerja merawat lembu di pinggir Sungai Gangga dengan suhu purata 47 darjah celcius. Ia mengakui jirannya sering mentertawakannya, tetapi ia mendakwa apa yang dia lakukan mengikut kehendak Tuhan.

Kailash Singh mula tidak mandi sejak tahun 1974. Ia juga tidak pernah memotong rambut dan janggut hingga mencapai panjang hampir dua meter. Ia menuruti nasihat seorang pendeta yang menjanjikan dia akan mendapatkan anak lelaki dan warisan yang bernilai jika ia mengikuti nasihatnya.

Dia tidak akan dapat memujuk isterinya untuk mempunya anak. Ternyata, dia mempunyai tujuh orang anak perempuan dan tidak mempunyai seorang pun anak lelaki seperti yang dijanjikan pendeta.

Meskipun sering mendapat ejekkan, Kailash tak peduli. Dia menganggap orang-orang tidak memahaminya dan dia tidak akan mengubah pendiriannya. Dia juga mengakui, isterinya juga tidak suka dengan pilihannya. Tetapi sebagai isteri yang baik, menurut Kailash, Kalavati perlu boleh tahan.

Kailash punya cara sendiri untuk membersihkan diri. Dia tidak mandi dengan air, melainkan dengan menggunakan asap yang dia lakukan setiap petang. Menurutnya, asap itu boleh menghilangkan peluh.

Anaknya yang berusia 16 tahun, Pooja, mengatakan ayahnya menjadi terkenal kerana kebiasaan tidak mandi itu. "Teman sekolah saya ingin tahu dan ingin melihat ayah saya," katanya. Mereka bertanya-tanya bagaimana boleh hidup sekian tahun dengan orang yang tidak pernah mandi.

Pada awalnya Pooja sangat marah dengan tabiat buruk ayahnya itu, tapi lama-kelamaan dia tidak boleh melakukan apa-apa untuk mengubah kebiasaan ayahnya. Ayahnya hanya bersentuhan dengan air ketika membersihkan mulut dan kaki saja.
(diterjemah dari fiqhislam)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...