Selangor Salah Guna Duit Rakyat Untuk Sebarkan Agenda Politik Pakatan Haram!

Entry kali ni AS bawakan surat pembaca yang tidak berpuas hati terhadap kursus Spies anjuran jabatan kerajaan negeri Selangor yang digunakan untuk sebarkan dakyah pakatan haram.

Selalunya juak pakatan haramlah yang banyak berkokok kononnya Kerajaan BN selalu salahgunakan agensi kerajaan untuk sebarkan fahaman politik walhal mereka lagi haprak dan menjilat ludah sendiri.

Sungguh celaka Khalid Ibrahim kerana menggunakan wang rakyat Selangor untuk mengadakan kursus sebagai alat untuk menyebarkan propaganda politik PR sera memperburukkan kerajaan BN yang terlalu banyak berjasa.

Khalid hanya perlu 'cuci 'kaki' saja bila mentadbir negeri Selangor kerana sememangnya Selangor dah jadi negeri termaju semasa BN memerintah.


Jendela Selangor

Surat Pembaca- Kursus SPIES sebar dakyah PKR

Saya ingin menyampaikan ketidakpuasan hati terhadap penganjuran Kursus SPIES kepada kakitangan kerajaan di Selangor.

Akhir-akhir ini saya mendapat maklumat daripada rakan-rakan yang telah mengikuti kursus SPIES menyatakan fasilitator dan konsultan yang mengendalikan kursus ini telah menyalahgunakan kursus ini untuk menyebarkan dakyah politik pakatan pembangkang yang diterajui PKR.

Mereka menggunakan isu-isu semasa untuk berkempen kepada kakitangan awam Selangor untuk menyokong mereka pada pilihan raya umum akan datang. Isu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibangkitkan pada kursus ini serta isu-isu semasa yang lain seolah-olah ingin menarik sokongan kakitangan awam Selangor.

Sebelum ini pandai pula mereka menuduh Biro Tata Negara (BTN) sebagai alat UMNO untuk menarik sokongan pegawai kerajaan. Saya memang tidak berpuas hati akan keadaan yang berlaku sekarang ini kerana mereka menggunakan platform SPIES untuk mengutuk dan memperlekeh kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Saya mohon agar perkara ini disiasat dan dibawa ke perbincangan UMNO kerana saya khuatir sekiranya perkara ini tidak dibendung maka seluruh kakitangan awam di negeri ini akan dihasut oleh PKR.

Saya juga bimbang kakitangan awam di negeri ini akan terpengaruh dengan propaganda yang disebar oleh kerajaan negeri melalui kursus ini.

Harap ambil serius kerana kakitangan awam inilah penentu kepada kemenangan BN pada pilihan raya umum akan datang.

–HAMBA ALLAH, Shah Alam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...