Terbaru, Negara Malaysia Tak Aman? Indeks Menurun?


Tajuk kiasan yang AS dedikasikan kepada juak cai-cai pakatan haram.
Terbaru indeks yang dikeluarkan dari 150 negara, Malaysia menduduki tangga ke-19. Ini membuktikan usaha Kerajaan terutamanya menerusi NKRA untuk keselamatan dan keamanan negara semakin menampakkan hasilnya.

Puak pakatan haram yang kita tau, tak habis-habis kerjanya mengecam dan memperlekehkan peranan pihak PDRM. Alhamdulillah, negara kita masih aman dan seterusnya dapat menepis tanggapan buruk oleh PR kononnya negara Malaysia sudah tidak aman dimana 'kononnya' kejadian jenayah sudah tidak terkawal. Insaflah dan bersyukurlah kita di bumi bertuah ini!


Sikap kesederhanaan majoriti rakyat telah membawa Malaysia menduduki tempat ke-19 negara paling aman dalam Indeks Keamanan Global (GPI) 2011, daripada 150 negara yang dibuat kaji selidik, naik tiga anak tangga berbanding kedudukan pada tahun lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata keputusan itu diumumkan pada penghujung Mei lepas berdasarkan kaji selidik Institusi Ekonomi dan Keamanan Sedunia yang berpangkalan di Sydney, Australia.

"Kita dapat mencapai sedemikian (tangga ke-19) kerana sikap kesederhanaan majoriti rakyat Malaysia yang berpandukan konsep wasatiah bagi penganut Islam dan konsep kesederhanaan dalam pelbagai penganut agama lain.

"Ini satu dorongan untuk terus mengekalkan keharmonian negara," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan Minggu Perpaduan 2011 peringkat negeri Selangor di Taman Medan di sini, hari ini.

Dr Koh berkata dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang, Malaysia menyasarkan untuk mencapai kedudukan 10 teratas negara paling aman.

Bagaimanapun, katanya, ia tertakluk kepada ketenteraman dan keamanan negara kerana jika negara mengalami banyak isu yang membawa kepada ketegangan dan demonstrasi, ia akan menjejaskan kedudukan berkenaan.


1 Iceland 1.148
2 New Zealand 1.279
3 Japan 1.287
4 Denmark 1.289
5 Czech Republic 1.320
6 Austria 1.337
7 Finland 1.352
8 Canada 1.355
9 Norway 1.356
10 Slovenia 1.358
11 Ireland 1.370
12 Qatar 1.398
13 Sweden 1.401
14 Belgium 1.413
15 Germany 1.416
16 Switzerland 1.421
17 Portugal 1.453
18 Australia 1.455
19 Malaysia 1.467
20 Hungary 1.495
21 Uruguay 1.521
22 Poland 1.545
23 Slovakia 1.576
24 Singapore 1.585
25 Netherlands 1.628
26 United Kingdom 1.631
27 Taiwan 1.638
28 Spain 1.641
29 Kuwait 1.667
lagi indeks diSINI

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...