Wajah-Wajah Yang Tersingkir Oleh Agenda Kotor Rejim DAP PP!

Inilah antara dua wajah dari ramai yang tersingkir sebelum bertanding akibat permainan kotor Rejim DAP yang menguasai Pulau Pinang dalam mengadakan pilihanraya Masjid. Mereka tewas sebelum bertanding disebabkan borang pencalonan mereka ditolak dengan tiada alasan yang kukuh namun AS yakin ini disebabkan hanya kerana mereka pemimpin UMNO.

Seperti yang AS jangkakan, kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP dengan mudah mempergunakan institusi Islam. MAIPP bertindak mengikut telunjuk DAP dengan mencantas nama nama calon pengerusi dan jawatankuasa yang pro UMNO yang telah menawarkan diri untuk bertanding.

Pengerusi Qariah Masjid Kampung Besar dan Pengerusi Qariah Masjid Sungai Kechil Yang kedua-duanya dalam Parlimen Tebal telah di cantas nama mereka oleh MAIPP. Menurut info, Pejabat Agama Daerah SPS yang dibawah MAIPP telah bertindak arahan dari 'tangan ghaib' yang dipercayai pemimpin politik pakatan haram. Majoriti pentadbir di pejabat Agama juga sebenarnya tidak setuju dengan peraturan baru ini, namun mereka terpaksa juga menurut arahan 'pihak atasan' demi menjalankan tugas.

Secara peribadi AS mengenali dan agak rapat dengan kedua-dua Individu ini. Mereka mempunyai peribadi dan nilai nilai murni pemimpin masyarakat di Qariah mereka. Sepanjang pengetahuan AS mereka berdua tidak pernah mentadbir Masjid secara berat sebelah.

Yang pastinya Hj Edaharuddin (Sungai kechil) dan Hj Rahman Noh (Kampung Besar) kedua-duanya adalah Ketua UMNO Cawangan di kawasan masing-masing dan yang mana ianya berada di dalam DUN Sungai Bakap. Mereka juga merupakan AJK UMNO Bahagian Nibong Tebal dan orang kuat Tok Non(Ketua Bahagian Nibong Tebal) yang lantang mengkritik pemilihan 'gila' ini.
Dengan faktor ini sudah pasti 'tangan ghaib' ini takkan duduk diam untuk melihat mereka terus memegang jawatan Pengerusi Qariah.

Ini lah sebenarnya tujuan pilihanraya Masjid diadakan, dimana agenda mereka yang utama tidak lain dan tidak bukan untuk mengambil alih pentadbiran Masjid dengan membuang Pengerusi dan AJK yang pro UMNO. Puak Pakatan haram ingin menjadikan masjid sebagai medan politik seperti yang berlaku di Selangor dan Kedah yang telah menukarkan tazkirah selepas Maghrib setiap hari kepada ceramah PAS secara halus.

Ternyata DAP telah memanipulasikan sistem pilihan raya masjid ini agar agenda kotor mereka tercapai. Selepas ini, apa akan jadi terhadap masjid-masjid ini. Sudahlah mereka derhaka dan tidak menghormati Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin selaku Ketua Agama Islam, sekarang mereka tolak calon yang ada kena mengena dengan UMNO.

Pilihan raya 'GILA' ini mesti ditangguhkan dan seterusnya dibatal demi menjaga keamanan dan perpaduan Umat Islam di Pulau Pinang,

3 comments:

matpanah said...

Salam tuan,

...dan 'tangan-tangan ghaib' itulah yang beria-ia bercakap pasal pilihan raya umum yang bersih, pasal ketulusan, pasal keikhlasan.

Semuanya hanya retorik untuk menghalalkan lebih banyak agenda-agenda kotor mereka.

Malangnya, yang kena tanduk itu Melayu/Islam...yang menanduk juga Melayu/Islam...tetapi yang pegang tali orang lain!

Unknown said...

Kalau tiada tangan ghaib masakan nama boleh direject..
yg lucunya pemipin hamPAS dan PKR diberi laluan selesa utk bertanding.
inilah 'bersih' ala hamPAS yg jd keldai tunggangan DAPig

Anonymous said...

Takut hilang kuasa kot?
Sepanjang puak2 UMNO pegang masjid, apa sumbangan hangpa kat anak qaryah?
Imarah dak masjid selama ni?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...