Bersih Di Stadium! Flip-Flop Kerajaan Yang Terhebat Di Abad Ini ??

1- DS Najib setelah menawarkan sebuah stadium kepada himpunan Bersih Sabtu ini (9 Julai) dan kemudian berkata hari ini kerajaan bersedia berbincang mengenai lokasi stadium tersebut, tetapi ia adalah dengan bersyarat. Mungkin setelah berbincang dan menyedari risiko yang akan timbul maka beberapa syarat telah ditetapkan. Kata DS Najib;

“Mereka mesti pergi dengan aman dan meninggalkan lokasi dengan aman...Jika ada kejadian yang tidak diingini penganjur akan dipertanggungjawabkan ” Rujuk MalaysianInsider>

“Sekiranya sebarang kejadian yang berlaku maka pihak penganjur akan dipertanggungjawabkan atas segalanya atau pun yang akan berlaku, yang boleh menyebabkan sama ada huru-hara atau pun kerosakkan hartabenda atau pun boleh menyebabkan mana-mana individu tercedera ataupun lebih buruk daripada itu,” Rujuk Malaysiakini>

2- DS Najib telah meletakkan syarat yang beliau ketahui bahawa pihak pembangkang tidak akan bersetuju kerana keselamatan dan ketenteraman awam adalah terletak dibahu pihak berkuasa dan dibawah tanggongjawap pihak polis.

3- Pihak penganjur Bersih dan pembangkang akan meminta pihak polis menjaga keamanan didalam dan diluar stadium kerana limpahan peserta bersih akan berlaku. Kenderaan dan lalulintas akan terganggu dan berpusu-pusu beberapa kilometer dari stadium. Kekecohan menuju ke stadium tetap akan berlaku. Pihak-pihak yang mengambil peluang membawa senjata tajam dan lastik bebola besi tidak akan teragak-agak mengambil kesempatan. Penemuan pelbagai senjata merbahaya oleh pihak polis sebelum ini wajiblah dijadikan panduan oleh DS Najib bahawa himpunan Bersih akan menjurus kepada keganasan walau diadakan dimana sekali pun.

4- Jika keganasan berlaku, adakah ia satu lagi provokasi yang dimulakan oleh orang-orang Umno-BN yang menyamar memakai baju kuning dan memulakan segala sengketa?

5- Kita semua tahu bahawa jika terjadi apa-apa kemalangan atau cedera hasil dari himpunan Bersih, mahu secara langsung atau pun tidak, ia tetap akan menjadi tanggongjawap pihak berkuasa polis dan trafik lalulintas untuk mengawal keadaan. Pihak penganjur Bersih senang-senang cuci tangan kerana mereka tergolong didalam golongan orang awam.

6- Jika pencapaian diantara pihak kerajaan dan pembangkang mengenai siapa yang akan bertanggongjawap mengenai keselamatan dan ketenteraman awam tidak mendapat persetujuan, maka himpunan Bersih masih lagi dikatagorikan sebagai haram.

7- Persetujuan DS Najib menawarkan stadium amat memeningkan kepala pihak polis dan KDN kerana haruskah himpunan Bersih 2.0 dihalalkan semula setelah di haramkan. Apakah syarat-syarat dan krateria untuk menghalalkan nya semula dan tarikh kuatkuasa halalnya? Orang yang telah ditangkap sebelum tarikh kuatkuasa halal adakah ia tetap haram?

bacaseterusnya

1 comment:

Anonymous said...

najib tak boleh berlembut lagi....sekarang bukan masanya untuk bertolak ansur lagi...tindakan paling tepat ialah...haramkan demo atau sebarang perhimpunan...samada di stadium atau di mana sahaja...haram tetap haram....bersih 2.0 adalah pertubuhan haram...ambiga tak tau berbahasa melayu...ambiga tak faham bahasa melayu...bullshit punya ambiga...shit shit shit

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...