Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam petikan laman sosialnya turut mencadangkan beberapa perkara kepada pihak BERSIH iaitu:
1. Menerima sahaja tawaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengadakan perhimpunan tersebut di dalam stadium dengan meminta wakil Yang di-Pertuan Agong hadir menerima surat bantahan tersebut dan boleh berceramah di stadium tersebut. Seandainya terlalu ramai penyokong yang hadir berikan syarat bahawa orang ramai boleh duduk di luar stadium tanpa gangguan.
2. BERSIH mungkin boleh diganti dengan melancarkan Minggu BERSIH dengan meminta rakyat mengibarkan bendera Malaysia dalam minggu tersebut atau memakai petanda kuning atau selainnya. Tidak semestinya ditulis BERSIH-. Dengan itu lebih ramai rakyat yang bersetuju dapat menyatakan persetujuan mereka dengan tuntutan 'pilihanraya yang adil'.
"Mungkin bagi mereka yang anti-pembaziran dan kenaikan harga barang boleh turut sertai. Lebih ramai dapat meluahkan perasaan dengan cara yang lebih selamat seperti bendera di kereta, rumah, baju dan sebagainya. Oleh itu seluruh negara akan meriah.
"Jika membuat perhimpunan dan polis melarang untuk menghadirinya lalu jumlah yang diharapkan tidak diperoleh, maka itu 'defeat the purpose', kata Dr Asri lagi.
Sumber: Facebook Dr Mohd Asri Zainul Abidin
No comments:
Post a Comment