Eksklusif! Bukti Salahguna Kuasa & Penyelewengan ADUN PKR Sungai Bakap!
Cuba baca dengan teliti surat diatas. Seperti yang kita sedia maklum, wang JKKK sebenarnya adalah untuk kegunaan penduduk dalam kampung/taman tersebut. Ia merangkumi pemberian dalam menghadapi bencana/musibah seperti kebakaran, banjir atau kecurian.
Wang ini juga boleh digunakan untuk sumbangan untuk kematian, sakit, bersalin, anak kampung yang mendapat keputusan cemerlang ataupun bagi bantuan kecil untuk melanjutkan pelajaran.
Wang JKKK juga boleh digunakan untuk projek dan program kecil-kecilan peringkat kampung seperti gotong royong, hari keluarga ataupun untuk pengurusan JKKK itu sendiri.
Jika kita lihat surat diatas, ternyatalah tindakan ADUN PKR Sungai Bakap, YB Makhtar Shapee telah jelas melakukan kesalahan. Beliau telah menyalahgunakan kedudukan beliau sebagai ADUN bagi meminta sumbangan sebanyak RM300 dari setiap JKKK di dalam DUN Sungai Bakap & DUN Sungai Acheh untuk kegunaan DANA MENGHADAPI PILIHANRAYA UMUM! Apa cerita ni YB? Awat dah sengkek sangat ke?
Penyelewengan dan salahguna kuasa telah dikesan disini. Sebagai ADUN, beliau sepatutnya membantu JKKK menambahkan dana untuk membantu rakyat, bukannya meminta dana JKKK yang tak seberapa bagi kepentingan peribadi dan parti untuk berpolitik!
Wang ini juga wang rakyat! Bukannya untuk digunakan oleh PKR bagi tujuan kegunaan parti. Siapa nak buat laporan terhadap SPRM berdasarkan surat ini yang mana ia adalah salinan asal, amatlah dipersilakan.
Ini baru jadi ADUN dalam negeri pembangkang. Bagaimanakah agaknya JIKA mereka ini ada kuasa yang lebih besar nanti? Pikir-pikirkanlah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
kalau sorang pengerusi jkkk bagi rm300, sepuluh orang dah rm3,000!! bayangkan berapa pengerusi jkkk dlm adun pkr, dap & pas? huh! mahu ratusan ribu ni boss!! aku pun nak jadi adun la kalu gitu!!!!
utk dana pilihanraya? mcm di USA plak? depa belajaq dgn cia kut??
baik tak baik,masuk poket adun, buleh pi berjalan2 makan angin luar negara!!! pueh ati aih jadi adun walaupun sekali sj! huahahahahaa!!!!
ini sudah boleh jadi kes sprm nih..
oi anak seberang...ang ni bodoh jugak no...kalau ang rasa ang betul awat yang nama diatas 2 ang padam? biag jgn padam..kita boleh tau pd siapa yb 2 antaq...! kedua, letterhead pun lain x sama langsung...Bil surat pun sah2 x betul...kalau nak minta dana pilihanraya...wat apa nak pakai letterhead pej..org pakai letter head parti...sign pun dh leh tgk..lenggok sign ang x sama gan su yb...anak seberang..ang wat la reja yg berfaedah cikit..reja nk fitnah org ja...apa yg x takut mati ka?buat2 la bertaubat...jaga anak bini ang elok2 asuh depa x payah nak wat cita2 mcm nie...ingat ALLAH...
"i give my all for you" kata penyokong PKR....
Post a Comment