Must View: Penjelasan Dari KFC Perihal Video Tukang Masak Mereka Yang Biadap! (Vid)

Sebagai seorang blogger yang bertanggungjawab, disini AS siarkan penjelasan dari pihak KFC sendiri yang telah singgah untuk memberi info di ruangan komen AS.

Artikel berkenaan perangai buruk cooker KFC yang AS telah siarkan adalah di SINI dan berikut adalah penjelasan dari pihak KFC:

Pada bulan Oktober tahun lalu, KFC Malaysia telah dihubungi oleh seorang individu yang telah mengemukakan satu salinan klip video yang menayangkan seseorang telah merosakkan hidangan ketika proses penyediaan makanan tersebut. Kami berpendapat bahawa perbuatan menerbitkan klip video itu sebagai berniat jahat dan merupakan serangan terang-terangan terhadap organisasi kami. Kami telah mengambil tindakan segera dan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.

Pada 25 Jun baru-baru ini, kami telah mendapati klip video tersebut telah dimuat turun di halaman YouTube.

Pihak kami ingin menegaskan kepada para pelanggan dan orang ramai bahawa kejadian ini merupakan kes terpencil dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Sejak Oktober 2010, pihak kami telah mengambil langkah-langkah perlu untuk mengelakkan kejadian-kejadian seperti itu berlaku lagi termasuklah dengan memasang televisyen litar tertutup (CCTV) di bahagian dapur restoran-restoran KFC.

KFC akan sentiasa mengekalkan standard kebersihan dan kualiti yang tertinggi dalam semua aspek bisnes kami. Sama ada di Malaysia ataupun di seluruh dunia, anggota-anggota pekerja kami amat berdedikasi untuk terus menyediakan perkhidmatan terbaik, berkualiti dan makanan yang selamat. Kami memandang serius di atas kejadian yang telah berlaku ini. Pihak kami akan sentiasa mengemaskini semula proses-proses pengambilan dan latihan untuk meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan kepada semua pelanggan kami. Pasukan kami yang terdiri daripada 9,700 orang chef dan anggota pekerja lain di seluruh Malaysia akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti seperti yang telah diketahui selama ini.

Bagi pihak KFC Malaysia, pihak kami ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan di atas sokongan anda semua.

Pengarah Urusan
KFC Holdings (Malaysia) Bhd

3 comments:

Dot said...

tapi sudahkah tindakan dikenakan kpd pelaku perbuatan biadap tersebut?

aku masih lagi terkedu dgn cara budak tu buat dgn ayam tu! tak lalu wei!!!

Unknown said...

antibohmau..
aku sendiri tak pasti samada pelaku tu dah kena tindakan atau tidak..
nk kena tanya kfc nih!

Anonymous said...

yuks...selagi pihak kfc tidak memberi penjelasan yg lebih memuaskan...selagi itulah restoran kfc...gwa tolak tepi...yuks yuks yuks

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...