Edisi Pok Nik: Surau Pun Guna Air Busuk!

Masalah yang dihadapi oleh lebih 100 jemaah Madrasah Pak Kassim Kampung Alor Hijau, Selising dekat sini yang terpaksa menggunakan air berbau busuk untuk berwuduk, mendapat perhatian Yayasan Tengku Temenggong Kelantan (YTTK).
Dalam kunjungan ke madrasah itu hari ini, Tengku Muhammad Fakhry Petra bersama rombongannya, telah menghulurkan sumbangan sebanyak RM4,000 bagi membolehkan pembinaan menara tangki air sedia ada di madrasah tersebut disiapkan segera.

Tangki air itu jika disiapkan, akan membolehkan madrasah berkenaan menerima bekalan air bersih berbanding ketika ini mereka bergantung pada sumber air perigi.

Sumbangan itu diterima Imam madrasah berkenaan, Mahmod Zakaria dalam satu majlis ringkas.

Pengerusi jawatankuasa madrasah itu, Mohamad Yaakub berkata, keprihatinan kerabat diraja Kelantan untuk menyelesaikan masalah berkenaan, amat melegakan ahli jemaah terutama menjelang bulan Ramadan ini.

"Kami bagi pihak pengurusan madrasah mengucapkan berbanyak terima kasih dengan peruntukan bantuan yang dihulurkan kepada rakyat jelata," katanya.

AS:Alhamdulillah. Nasib baik ada Yayasan Kerabat Kelantan sudi membantu.

Nak harapkan poknik bekalkan air bersih untuk orang beribadat, yang tau keje dia nak celakokan orang je lah.

Kalau tak boleh supplykan air bersih untuk setiap rumah, at least tempat ibadat untuk kegunaan ramai pun takkan tak mampu nak buat?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...