Gempar! hamPAS Usung Pesakit Mental Ke KL Untuk Sertai Demo Bershit ?

pic hiasan

AS amat bersimpati terhadap masalah Puan Norazizah ini. AS yakin kalau benar seperti yang didakwa mangsa dari Kedah ni tak lain tak bukan, dia telah dihasut oleh puak hampAS! Nampaknya mereka begitu desperade untuk mengumpul bagi meramaikan perhimpunan tak laku mereka itu hatta dengan mengusung insan yang berpenyakit mental.

Dah lah tu, dimana tanggungjawab mereka untuk menjaga peserta demo bersih itu untuk membawa pulang kembali ke tempat asal mereka?
Sudah habis madu, sepah dibuang. Nampak sangat hamPAS begitu jahat mempergunakan orang OKU menyertai demo haram mereka untuk 'meramaikan 'majlis' jika benar seperti yang didakwa oleh kakak mangsa.
“Saya merayu orang ramai yang ternampak adik saya supaya dapat menghubungi kami kerana kali terakhir dia dilihat berada dalam perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Sabtu lalu.

“Saya terkejut macam mana dia boleh pergi ke Kuala Lumpur sehelai sepinggang. Saya bimbang ada pihak tertentu berniat tak baik dan cuba mengheret adik saya dalam perhimpunan itu,” kata Norazizah Man, 33, kakak kepada Muhamad Azrul, 31, yang mengalami gangguan mental yang hilang sejak Jumaat lalu.

Menurutnya, dia terkejut selepas diberitahu kakaknya, Azizon, 37, mengenai kehilangan adik bongsu mereka.
“Azrul sebelum ini tinggal bersama kakak saya di Kampung Aman, Jitra sejak ibu bapa meninggal dunia.

“Saya terkejut selepas kakak memberitahu Azrul hilang dan tidak pulang ke rumah hingga hari ini. Kali terakhir kakak nampak Azrul pada pagi Jumaat lalu sebelum dia keluar rumah. “Dia biasanya akan keluar rumah berjalan-jalan sekitar kampung dan pulang semula ke rumah pada sebelah petang,” katanya yang mengunjungi pejabat Harian Metro, di sini, semalam.

Katanya, adiknya itu keluar rumah sehelai sepinggang tanpa membawa pengenalan diri menyebabkan mereka bimbang dengan keselamatannya.“Kami terkejut apabila dimaklumkan abang, Mohammad Tarmizi, 35, Azrul dilihat berada ketika perhimpunan Bersih di Stesen KL Sentral, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

“Kami mendapat tahu berita itu beberapa hari selepas rakan abang saya dibebaskan kerana turut ditahan selepas dipercayai menyertai perhimpunan itu.“Rakan abang saya memberitahu yang dia ada melihat Azrul berdiri tidak jauh daripadanya sebelum dibawa menaiki trak polis,” katanya.

Menurutnya, selepas diberitahu kejadian itu, dia terus menghubungi abang sulungnya, Muhamad Fuad, 40, yang tinggal di Klang, Selangor supaya menghubungi mana-mana balai polis untuk mengetahui perkembangan adiknya itu.

“Malangnya, abang saya beritahu nama Azrul tiada dalam senarai orang yang ditahan ketika perhimpunan itu.

“Kami bimbangkan keselamatan Azrul kerana dia mengalami penyakit mental dan tidak tahu arah tujuan.

“Kami sekeluarga juga bimbang ada pihak memperalatkan Azrul untuk menyertai perhimpunan berkenaan.

“Dia menghidap sakit mental hanya mengikut arahan pihak yang mengambil kesempatan,” katanya. Sehubungan itu, Norazizah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar mengenai kehilangan adik lelakinya itu.

Mereka yang melihat atau mengetahui di mana Azrul berada boleh menghubunginya di talian 017-6373762.

2 comments:

manjung said...

PasNGOK mesti bertanggung jawab di atas masaalah ini...Suruh ketua pemuda pasNGOK cari sampai dapat...
Macam haram...

AJAI62 said...

Assalam bro

Dah taraf pemimpin Puak Pembangkang ni kan seakan2 OKU... tu pasal ambil kesempatan untuk meramaikan penyokong mereka tak kira sihat ke atau sebaliknya,... Sian

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...