Gomen Nak Guna Kepakaran Hackers? Apa Cer Ni?

Kerajaan mahu guna pakai kemahiran penggodam siber

Kerajaan mahu mendekati penggodam siber bagi lebih memahami dan memanfaatkan kemahiran dan bakat mereka, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof.

Ini termasuk menghadiri persidangan tahunan pihak tersebut, katanya.

Beliau berkata, terdapat juga perkara positif di kalangan penggodam.

"Untuk tujuan ini, CyberSecurity, Majlis Keselamatan Negara, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mesti bersama mereka agar kita dapat mengetahui rangkaian penggodam yang lebih luas.

"Akhirnya kita boleh memahami siapa penggodam yang baik dan jahat. Kita juga boleh mempelajari bagaimana untuk mempertahankan diri kita (dari serangan penggodam),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar mengenai jenayah siber di sini hari ini.
-Bernama


AS:BERANI KE PARA HACKERS NI NAK TONJOLKAN DIRI MEREKA KEPADA UMUM? NANTI TAK PASAI-PASAI KENA CEKUP. WALAUBAGAIMANAPUN, APA SAJA PERANCANGAN KERAJAAN YANG MEMBERI KESAN POSITIF KEPADA NEGAR AS SENTIASA SOKONG TERPACAKK!

1 comment:

Anonymous said...

Hackers ni ada 2, black HAT dan white HAT. Di Negara Maju pun kepakaran mereka ini digunakan untuk mengesan kejahatan oleh pihak amature yang baru nak berjinak2 dalam bidang ni. Bagi aku tak salah asalkan ilmu digunakan untuk kebaikan. Aku setuju sangat kalau disediakan kemudahan yang diperlukan. Bagi kami, PC pentium 3 yang orang buang tu pun cukup untuk digunakan sebagai senjata. Moto "Get in and out without a trace"....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...