Penglibatan anak bekas Perdana Menteri, Datin Marina Mahathir dalam perhimpunan Bersih 2.0 diyakini hanya disebabkan pendiriannya mahu melihat negara mengamalkan sistem demokrasi lebih telus dan terbuka, kata adiknya, Datuk Mukhriz (gambar) yang juga seorang anggota kerajaan.
Mukhriz berkata, meskipun bapa mereka, Tun Dr Mahathir bekas pemimpin nombor satu Barisan Nasional (BN) manakala beliau sendiri timbalan menteri, setiap individu ada pendirian dan cara berfikirnya tersendiri.
“Saya tidak nampak beliau sokong pembangkang melainkan hanya untuk melihat sistem pilihan raya kita yang lebih telus, itu saja. Saya juga tidak dengar beliau ada melaung reformasi atau seumpamanya,” katanya.
Sebagai wakil kerajaan Barisan Nasional (BN) pula, kata Muhriz, beliau akan sentiasa memihak kepada pendirian BN.
Mengenai Bersih 2.0, Mukhriz berkata, adalah lebih sesuai lapan tuntutan pihak berkenaan dibincangkan secara terbuka di Parlimen.
“Kita ada saluran untuk berbincang. Wakil pembangkang pun ramai di Parlimen, jadi lebih baik perkara itu dibawa berbincang. Itu platform terbaik untuk kita mengubah atau menambah baik amalan demokrasi di negara kita, bukan dengan cara demonstrasi jalanan yang menyusahkan banyak pihak,” katanya.
Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, apa yang dilakukan pihak berkenaan hanya menimbulkan konflik sekali gus menjejaskan pelaburan dan ekonomi negara. SH
6 comments:
she should have not got involved in the first place... what ever the reason is, it is always a disgrace to the honourable family...dot
buat laa apa pun...yang pastinya BERSIH telah menyusahkan banyak pihak...
bersih telah merosakkan program aku bawak anak melawat kl. mmg kurang ajar. patutnya polis tembak mati mereka tu. biar senyap terus
Kalau dah terlibat dalam perhimpuman haram tu sudah pasti menyokong pihak pembangkang. Lagi pula sebelum ini dalam kenyataannya beliau menyokong Ambiga.. Nak dengar penjelasan dari Tun pulak.
WARGA SEBELUM MERDEKA
Betina bangang ni nak perhatian sebenarnya. Biasa la alur dah kering, nak jugak rasa basah kena siram.
Patut betina ni dok rumah la...bukan pi sokon g idea bangang Mat Syabu dengan madu dia Nuat Belalai tu.
umpama mencalit arang ke muka tun mahathir.
dia membesar pun dgn duit hasil titik peluh tun mahathir menjadi perdana menteri (kerajaan). dah lupa daratan marina ni.
harap-harap dia cepat sedar dari tindakan 'cerdik' dia tu.
bersih menyusahkan orang ramai. SOGO & MYDIN terpaksa ditutup gara-gara bersih. macam mana pembangkang nak raih undi pemilik 2 gedung terbesar tu apabila perbuatan mereka telah menyebabkan kerugian terhadap mereka.
p/s: sehari tutup, berapa ribu agaknya kerugian yang terpaksa mereka tanggung?
Post a Comment