Orang Nak Memerintah, Depa Pun Nak Jugak. Camnilah Jadinya!

As-Salam. Mulai hari ni AS nak bahasakan diri AS sebagai aku. Hasil pandangan rakan-rakan online dan offline, mereka cadangkan AS guna aku saja kerana dilihat lebih mudah dan mesra katanya dengan para pembaca. AS-AS rasa macam baik dan manja pulak katanya. Hehe

Ok kot ye?

Hasil tinjauan aku mendapati masih terlalu banyak Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Komuniti Negeri (JKKKN) dimana dibawah tadbiran Pakatan, tidak mempunyai jawatankuasa lengkap yang menyebabkan fungsinya terbantut!

Didapati ada sesetengah JKKKNhanya ada pengerusi dan setiausaha. AJK sehingga kini masih belum ada dan setelah hampir 3 tahun setengah memerintah, masih lagi mereka tercari-cari calon yang sesuai. Kalau yang ada JKKK pun, ada yang sekadar tangkap muat dan hanya sekadar nasi tambah sahaja!

Akibat dari masalah itu, banyak tugas tidak dapat dijalankan dengan cekap.\ serta pelbagai masalah tidak dapat diselesaikan sehinggalan mengundang pihak UMNO/BN juga untuk terpaksa campur tangan bagi selesaikan masalah yang menimpa rakyat.

Hasil tinjauan juga mendapati Pengerusi JKKKN dalam Parlimen Nibong Tebal sering bersilih ganti disebabkan pelbagai masalah yang timbul seperti ketidakpuas hati terhadap ADUN Sungai Bakap & kepimpinan pakatan serta ketidakmampuan menjalankan tugas dengan baik sebagaimana yang diharapkan.

Inilah bahananya jika memegang kuasa dalam keadaan terpaksa. Semuanya muka yang tidak layak sahaja uang memegang jawatan disebabkan tiada kredibiliti langsung dalam urusan pentadbiran sesebuah kampung.
Dewan-dewan orang ramai dan serbaguna yang dulunya ditadbir di bawah UMNO/BN.

Semenjak JKKKN dipegang oleh konco-konco LGE, dewan-dewan yang ada tampak bertambah mati dan majoritynya tidak dijaga dengan baik serta terabai. Mati bermaksud aktiviti dan kegiatan penduduk setempat menjadi bertambah lesu dan tak bermaya. Malang sekali nasib rakyat P.Pinang memiliki pemimpin dari Pakatan Haram yang jelas terbukti gagal menjalankan tugas dengan baik. PRU13 akan mai. PRU13 orang P.Pinang pakat-pakat kalih buang puak pakatan haram ni!

3 comments:

LORD OF THE RINGS said...

Memang Pakatan Rakyat tidak berpengalaman mahu pun kemahiran untuk mengurustadbir apatah lagi memerintah negeri. Kerana itu walaupun sudah 3 tahun mereka menang (sejak PRU 12) hingga hari ini tak nampak apa pun yang mereka boleh akui sebagai langkah penambahbaikan kepada apa yang telah dibuat oleh Kerajaan UMNO/BN.

Itulah - nak mengata dan mengkritik memang senang...tapi bila kena buat...baru nampak yang awak tu tak mampu. Kalau kat Kelantan pun takde kemajuan selama 20 tahun bayangkan negeri lain. Tambah lagi LGE memang tak berminat nak tingkatkan taraf hidup orang kita. Dia hanya nak duk kat kerusi empuk sambung warisan Pak dia (LKS) - dan sedara mereka di M'sia dan di Singapura nun! DAP ngan PPP kan adik beradik.

Pakat-pakat buang aja depa ni masa PRU 13 nanti. UNDI DI TANGAN KITA!

Keris Karat said...

Kita tak bolih juga nak salahkan DAP atau Pakatan Raayat ni., silapnya kaum kita juga yang memangkah dia orang masa pru dulu. ada setengah daripada pengundi tidak berminat dgn BN diatas faktor2 yang kau orang pun bolih faham sendiri..
Aku sokong BN sbb atas nama parti walau sebusuk mana pun nama BN tak akan hilang. Aku benci peneraju2 didalam BN yang lebih sudu dari kuah, baik ketua bahagian sampai le ke menteri..duit..duit..

Jangan Buat Lagi said...

Sepatutnya depa dah sedar. kali ini kita kasi peluang. Sekiranya depa buat lagi perangai lama kita cantas habis.

Untuk puak Pakatan Haram jangan mimpi kami nak pilih hangpa.

Tak ada peluang langsung kat hangpa kali ni.

Pelingkup negara.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...