RM100 Kepada Bayi Baru Lahir: Bukti LGE Terdesak & Tak Bertanggungjawab!

Bagi AS duit rakyat sebanyak RM10 juta yang bakal dihabiskan oleh kerajaan negeri tidak sampai ke golongan sasaran yang sebenarnya. Sudah pasti yang kerja sendiri akan men'declare' pendapatan mereka dengan rendah bagi memastikan mereka layak RM100 itu.

Kita kena berpegang kepada falsafah berilah kail dari memberi ikan. Beri duit RM100 tu kepada ibu bapa bayi baru lahir bagi AS hanya celah gigi sahaja. kenapa hanya ibu bapa yang berdaftar pengundi sahaja layak menerima wang itu?

Duit RM100 itu seharusnya diberikan kepada golongan sasaran yang sebenar-benar layak dan berhak. Bukannya dihabiskan secara mudah demi meraih undi secara murahan seolah-olah terdesak untuk menghadapi PRU13 tak lama lagi!
Ini adalah sikap yang tak bertanggungjawab!

Cadangan kerajaan negeri pimpinan DAP memberikan wang tunai RM100 menerusi Program Anak Emas Pulau Pinang disifatkan sebagai tindakan memancing undi untuk Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, BN mengutuk cadangan kerajaan negeri DAP itu kerana ia jelas bermotifkan politik.

"Cadangan itu jelas bermotifkan politik dengan memberi wang kepada pengundi yang mempunyai kelahiran baru bayi dalam keluarga.

"Ini bukan cara yang baik untuk mentadbir sebuah kerajaan dan sangat jelas pemberian itu bermotifkan politik,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra bersama barisan kepimpinan BN negeri di Pasar Air Itam di sini, hari ini.

Semalam, Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan mengumumkan kerajaan negeri sedang mempertimbangkan untuk pemberian wang tunai RM100 kepada setiap bayi yang dilahirkan di negeri ini mulai tahun ini dengan syarat salah seorang ibu bapa bayi berkenaan adalah pengundi dan mempunyai pendapatan tidak melebihi RM4,000 sebulan.

Program pemberian wang itu dijangka melibatkan perbelanjaan sehingga RM10 juta setiap tahun. – Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...